Friday, May 2, 2014

Start Bright Series - Johor Baharu, Kuala Lumpur & Ipoh

Bulan April ni kami sangat busy dengan Start Bright Series, tak cukup dengan satu kelas di KL, kami plan untuk berjumpa anak buah di Johor Baharu dan Ipoh jugak. Memang seronok sebenarnya bila dapat conduct kelas Start Bright ni, setiap kali kelas mesti ada benda baru yang kami belajar sama- sama. Sebab tu ramai ahli PAF yang suka datang Start Bright berkali- kali.

Untuk cycle 2014/15, kami buat kelas Start Bright KL di Cafe Ours, milik kawan baik saya di Bandar Sri Damansara. Cafe ni memang favorite saya, bukan saja sebab makanan yang sedap- sedap, tapi cafe ni sangat cosy dan selesa untuk gathering keluarga. Kami bawa projector & white board, siap boleh jalankan kelas dengan ahli group PAF.


Cafe Ours bertempat di 14-1 (First Floor), Jalan Tanjung SD 13/2
Bandar Sri Damansara
Untuk di KL, lebih kurang 20 orang hadir, dan semestinya bersama- sama anak- anak. Riuh rendah meriah, sambil belajar, sambil makan- makan. Kali ini, leader saya Fadlina, present tentang peluang mendapatkan Car Bonus. Fadlina memang antara leader saya yang berjaya dapat car bonus dengan mudah kerana dia ada good strategy. Dan car bonus yang dia dapat sejak tahun lepas pun meningkat dengan konsisten. Jadi memang sesuai la dia present tentang car bonus. Fadlina juga pemenang hadiah iPad, sebab bulan lepas dia dapat naik rank Coordinator dengan total grup UV terbesar.  Her group is growing so well, I am so proud of her. 


Fadlina bersama-sama ahli group yang sedang meningkat naik.
Dan tak lupa "handbag" masing2 hahaha! 
Kami travel ke JB bersama- sama mertua saya, memandangkan kelas saya cuma 3 jam, jadi kami ambil peluang untuk bawak mereka makan angin. Sempatlah ke Puteri Harbour dan sudah tentuhnya Johor Premium Outlet! Di JB kelas Start Bright kami adakan di branch Shaklee di Taman Molek. 

Sebenarnya tidak ramai ahli PAF di selatan, tapi semakin meningkat bilangannya. Jadi, alang- alang buat kelas, saya jemput group sidelines saya yang lain iaitu group Master Lyana Mansor, Master Zura, Master Beeha Yunos. Turut hadir ialah sidelines saya di bawah group Supermommies (Master Azlin), dan group Senior Coordinator Aula. Semua ni adalah rakan- rakan seperjuangan dalam group Jutawan PM Shareeza (Master Cery). Memang berbaloi dapat berkongsi ilmu dan pengalaman, walaupun berlainan group, tapi hubungan kami yang rapat membolehkan kami bergabung dalam memantapkan lagi kumpulan masing- masing. Dan saya jemput Master Lyana berkongsi pengalaman tentang kesilapan- kesilapan yang biasa dilakukan oleh SID ataupun leader baru dalam bisnes Shaklee.


Semalam pula, kami ke Ipoh. Saya memang dah lama teringin berjumpa anak buah PAF di Ipoh dan kawasan sekitar. Ada yang datang dari Manjung, Teluk Intan, Kuala Kangsar dan Sungai Siput. Ada yang turun dari Kedah & KL juga. Dan paling best ada 4 orang rakan sekolah menengah yang dah lama tak jumpa pun hadir. Saya kenal mereka ni semua sejak 1991!


Paling seronok semalam, kami hire party planner untuk sediakan aktiviti untuk anak- anak yang datang. Kesian pula budak- budak mesti naik bosan terperap 3 jam dalam kelas. Jadi saya uruskan dengan pihak hotel, sediakan bilik yang luas, supaya ada ruang untuk aktiviti anak- anak. Dan semalam memang fantastic! The Mr. Clown hired by the party planner was so amazing with the children. He conducted magic session, story telling, balloon art and the Chicken Dance!! Memang semalam rasa kelas sangat tenang dan semua dapat focus dengan baik sebab anak- anak occupied dengan macam- macam aktiviti. Mr. Clown tu pulak sangat skilful, anak- anak semua dengar je arahan dia. Amazing! Boleh hire lagi next time! 


Alhamdulillah, ketiga- tiga kelas Start Bright berjalan lancar, dan saya sangat gembira dengan komitmen yang diberikan oleh leader- leader PAF dan juga semua ahli yang terlibat. Saya berdoa semoga kedatangan Mei membawa peningkatan yang lebih memberangsangkan bagi kita semua.

Much love,
Master Puteri

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...