Wednesday, April 3, 2013

latihan ke jamban

esok anak sulung saya, genap berusia 4 tahun. saya takde nak cerita pasal perkembangan dia ni, tapi nak share pasal toilet training yang dia lalui sejak setahun lepas. percaya tak saya punya peranan untuk train dia pegi toilet ni ada dalam 10-15% je kot. hehehe! saya terhutang budi dengan pengasuh anak saya ni. ada dua orang pengasuh yang terlibat sepanjang masa aliyah toilet training. kebetulan pengasuh yang awal tu dia bersalin, jadi aliyah dijaga selama 2 bulan oleh pengasuh lain yang juga jiran pengasuh asal tu. paham ke? ahahaha paham2 la sendiri.

so anyway, pengasuh2 aliyah sangat dedikasi ok, memang biasa la insiden terkencing kat lantai tu setiap hari, tapi dia tak putus asa. kitaorang memang dapat hasil je la, anak yang dah pandai bagitau nak kencing, yang boleh kencing bila disuruh sebelum tido dan selepas bangun tido. sangat lah mudah. saya mulanya bagitau kat pengasuh, pakaikan aje diaper, sebab tanak dia letih mengemop lantai. tapi dia sendiri bertegas, takpe, biar saya asuh dia sampai pandai, boleh jimat beli diapers nanti. sangat bertuah la kami sekeluarga. untuk training buang air besar senang sikit sebab dia memang senang dikenalpasti kalo tiba time nak membuang tu. cuma kadang2 dia confuse, nak kencing ke nak berak masa awal2 tu. akhirnya sebelum dia berusia 3 tahun setengah, dia dah fully toilet trained. alhamdulillah. memang jimaaaaat beli diapers! dan yang lagi bagus, kami tak pernah guna potty tu pun. saya beli je toilet seat untuk budak2 supaya aliyah tak terserlum masuk bowl ahaha!

kemudian si adam ni pulak. satu hari masa saya nak mandikan dia, tiba- tiba dia bertinggung dan kencing, masa tu umur dia dalam setahun 4 bulan. wah! comel nya budak kecik tinggung gitu ahaha! saya pun tanya pengasuh, rupanya memang dia ajar adam kencing tiap kali sebelum mandi. wah wah wah! terima kasih!! so sampai sekarang adam memang macam tu, before mandi, kencing dulu. btw, saya takde term comel2 untuk buang air kecil ni, not wee wee ke pee pee, shee shee shoo shoo ahahaha! tak terlintas nak ada term comel, jadinya kami guna term kencing & berak. semua orang paham. it just that aliyah think adam's thing is APPLE and she is not keen to mention hers. bila saya sebut, dia kata isk apa la mama ni! uiksss...

so we are expecting adam can be toilet trained before 3 y/o hopefully hehe..thanks to our dedicated babysitter! what's your story training your kids?

Wait! This is more like ME muehehehehe!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...