Sunday, April 7, 2013

aliyah's 4th birthday

4 April lepas adalah birthday Aliyah. tak pasti samada dia faham ke tak konsep birthday, tapi sejak akhir bulan Mac, kami dah bagitau, tak lama lagi birthday Aliyah, dah 4 tahun, jadi kena lah improve perangai2 yang mana patut hehe. Yang jelas dia tau dia patut mintak this and that. Tahun ni dia kata nak fairy stuffs- kepak rerama, tongkat sakti, entah apa2 lagi kat toys r us. kami belum beli pun, tak pasti nak beli ke tak. macam tak perlu hehehe!

Biasanya on her birthday kami berkumpul di rumah in law, dengan her cousins, beli kek dan makan2. Tak ada fancy party, except on her 1st, tapi itupun very small family gathering. Tahun ketiga lagi malas, the whole family pegi makan kat Penang Village and get a small cake (masa tu musim gilakan Upin Ipin). Basically I am not the type of mother that will host a fancy party with theme etc. Too lazy to think ahaha!

This year, we decided to bring her to Kidzania, and wow we made a super gooooood decision on this. Lets just check out the pictures ya, malas nak membebel dah. Seronok sangat tempat ni, bawak la anak- anak, berbaloi sangat. Oh sorry, gambar tak ikut susunan!




Ni activity pertama dia buat, sebab saya tengok ni ada banyak aksi
Dan kena cepat buat sebelum crowd lagi ramai.
Memang seronok dia, baik je ikut arahan, siap lambai2 mama dari dalam truck bomba tu. 
See, kan seronok bebudak dapat buat ni!
sebelah tu ayah aliyah yang over excited hehee! 
She wanted to do drawing, so lepak la dalam ni kejap.
Loving jer staff tu lapkan ingus Aliyah ahaha! 
Yang ni kurang action, so kejap2 dia pusing keliling katil.
Saya tanya, orang tu sakit apa? Dia jawab: Patung la tu mama...
"Adik umur berapa?" Aliyah jawab "Bukan adik la, Aliyah kakak :p"
Sila beli tiket online ya, kalau tak beratur lama jawabnya.
Masa kami pegi, musim cuti sekolah untuk international school.
Tapi ada rombongan sekolah & tadika.

1 comment:

Anonymous said...

Hello, I would like to subscribe for this weblog to take latest updates,
so where can i do it please assist.

Feel free to visit my homepage :: http://liftandglowproskin.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...