Thursday, March 7, 2013

sembang santai pasal duit :)

hello everyone :)

punya lah lama tangguh nak update blog, 15 hari lebih kurang ditinggal begitu je blog ni. entah apa yang sibuk sangat saya pun tak tau. sibuk di FB yang pastinya. oh kalau nak add saya as friend di FB, boleh email saja, nanti saya siasat dan approve. kena siasat dulu hehehe. sekarang ni macam- macam teknik dan tektik orang guna melalui FB saja. paling ramai nak ajak buat bisnes cepat kaya. baru tadi saya ternampak iklan berbayar di FB, boleh untung sampai RM30k dalam masa 2 minggu! wow apakah itu? yang paling "best" di hujung kenyataan tertulis "projek yang belum pernah dilaksanakan lagi". ahahaha! sangat meyakinkan. tapi jangan terkejut raaamaaai nak join tu. easy money macam tu kan, sapa tanak?!

awal bulan lepas pun ada isu pihak yang tidak bertanggungjawab guna gambar kenalan saya untuk menarik minat orang menyertai perniagaan mereka. gambar lain, nama lain, letak pula jumlah pendapatan beratus ribu. aduh, sungguh tak takut kalau disaman. sekarang ni segala macam method orang boleh capture untuk jadi bahan bukti. semakin canggih teknologi, semakin kreatif salah laku dan jenayah, jadi kena lah makin kreatif nak buang atau simpan bukti. mujur lah tuan badan tak saman, cuma bagi amaran saja. menakutkan!

cakap pasal duit, sapa yang tak suka. tak semua orang pandai cari duit, tak semua pandai manage duit. nak manage yang sikit pun gagal, apatah lagi nak manage yang banyak. lagi banyak lagi kena pandai manage ye tak. haih seronok jugak tu. saya ni dah terlalu lama bekerja dalam bidang non- profit. talak untung punya kerja! hahaha! tapi jangan tak tau, untung dari segi kepuasan bekerja, dan kemampuan kita membantu orang lain, jaaaauh lebih menggembirakan sebenarnya. dan saya dapati dengan peluang perniagaan shaklee, saya boleh buat kedua- duanya. saya dapat untung perniagaan (bonus dll) dan pada masa yang sama saya boleh bantu ramai orang terutama anak-anak buah yang berkehendak untuk menambah pendapatan. itu belum lagi kira kegembiraan hati saya bila customer semakin sihat, slim dan cantik.

kepuasan tak terhingga :)



HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

2 comments:

babYpose said...

Salam kenal, saya pun kdg2 sibuk di Fb, mmg terbaca kaya berjaya, mungkin betul yang nak berniaga, tapi it takes money to make money kan, and see the purpose will push us to proceed, sy pun suka vitamin, sekarang baru mula balik makan jamu :))

Puteri said...

TQ for visiting :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...