Friday, February 15, 2013
ritma badan anda
baru- baru ni saya jumpa artikel menarik dalam reader's digest, bagaimana kita boleh improve tahap kesihatan kita dengan membuat aktiviti- aktiviti yang bersesuai mengikut waktu yang sesuai, samada di sebelah pagi, tengah hari, petang atau malam.
saya ringkaskan sedikit untuk bacaan bersama ok :)
PAGI
1- ambil tekanan darah di waktu pagi. dan kita patut ambil secara konsisten setiap hari pada waktu yang sama. kenapa? sekiranya kita nak pastikan samada kita kena start ambil ubat hypertension ataupun sekadar tukar diet, bersenam saja, kita kena ada bacaan yang tepat setiap hari, setiap pagi.
2- buat test asma di waktu pagi. sekiranya anda nak buat ujian untuk pastikan anda ada masalah asma atau tidak, buatlah temujanji doktor pada waktu pagi. laluan udara adalah lebih sempit pada jam 2-5 pagi, sebab itu serangan asma kerap berlaku pada waktu- waktu begini. jumpa doktor pada waktu pagi dapat beri gambaran yang jelas tentang serangan asma tersebut.
3- ambil sarapan dalam ruang atau bilik yang banyak cahaya matahari. cahaya matahari pagi akan membuatkan badan kita bersedia untuk mengharungi hari tersebut dan bantu kita tidur lebih baik di waktu malam.
TENGAH HARI
1- buat temujanji doktor gigi di waktu tengah hari, terutama jika anda perlu diberi suntikan anesthesia. suntikan ini 5 jam lebih tahan lama jika dibuat pada waktu awal tengah hari berbanding pada waktu pagi.
2- tidur sebentar pada waktu tengah hari adalah baik sebab pada waktu ni badan kita dah kurang alert. bila kita tidur sebentar, kita bangun dengan lebih segar. tapi jika anda mudah kena insomnia, jangan tidur lewat dari jam 5 petang.
PETANG
1- bersenam di waktu petang adalah lebih baik kerana kekuatan dan ketahanan badan kita meningkat pada sekitar jam 4pm sehinggan 8pm, berbanding pada waktu pagi. Otot kita juga lebih panas pada waktu ini sekaligus dapat mengelakkan kecederaan.
2- makan malam pada lewat petang dapat mengelakkan kita mengumpul berat badan yang berlebihan. sekiranya diet yang kita lakukan nampak tidak berkesan, cuba ubah waktu makan malam kepada sejam lebih awal.
MALAM
1- ambil tekanan darah pada waktu malam pada waktu yang sama setiap hari. pada waktu sebelum tidur, tekanan darah biasanya adalah pada bacaan paling rendah kerana kita lebih relax.
2- tidur lebih awal setiap malam bukan saja dapat beri rehat yang cukup kepada badan, malah boleh mengurangkan risiko serangan jantung pada keesokkan paginya. anda juga boleh reset jam anda sejam lebih cepat di waktu malam.
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Labels:
general,
healthy habits
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Your method of explaining all in this piece of writing is really nice, every one be capable of simply know it,
Thanks a lot.
My webpage: Best Baby Monitors
Post a Comment