Wednesday, November 7, 2012

travel dan mengepam, buleh je!

tajuk macam kacang je kan! hehehe!

frankly saya tak berapa bersedia pun nak mengepam sambil travel ni. apatah lagi nak simpan dan bawak balik. jadi awal- awal lagi dah set, kalau sempat, pam dan simpan. kalau tak sempat, atau takde facilities, pam dan buang saja. jadi saya tak tertekan sangat. memang tak boleh nak tertekan sebab saya fokus nak cukupkan stok untuk adam sementara saya di bangkok. ni sikit sebanyak sharing tentang apa yang boleh kita buat, yang patut kita bawak bila travel dan mengepam susu. leceh? memang leceh, kalau boleh nak tinggal je tete*k kat kampung hahaha!

yang paling saya bersyukur, EBM yang saya tinggalkan cukup utk adam. ada lebih lagi sepeket. saya bukan ada EBM berpeti- peti pun, itu yang suspen sangat tu. tapi sepanjang saya di bangkok, saya berdoa, ya Allah, cukupkan la susu untuk adam, perkenankan la doa saya yang musafir ni. alhamdulillah doa saya makbul TQ ya Allah!

saya bawak avent manual pump saja. saya tanak fikir pasal charger, adapter etc. see, semua malas nak fikir la saya ni. pasal memang malas pun nak travel heee tak berkenan! kemudian saya bawak botol avent 8oz tu. ikutkan tips alin, bawak yang besar senang takyah tukar2 botol, nak cuci pun senang. saya bawak juga nursing cover, tapi tak pakai pun. kendian saya bawak coleman box tu, besar jugak. macam la nak isu penuh haha!

Avent manual memang terbaik! 
saya bermalam di bangkok selama 2 malam saja, kemudian kami travel 4 jam ke province lain. bilik hotel ada peti ais kecil (bukan mini bar), ada freezer kecik. so ada peluang la nak simpan. isunya, lepas beku, mana nak simpan bila nak ke luar daerah? saya pam la jugak, kalau kena buang pun takpe la. pam saja, simpan dalam freezer. tanpa ada plan ke mana nak ku letak lepas tu. see, free and easy kepala otak ku haha. malam sebelum check out, saya pergi tanya akak kat reception. dia kata OK, boleh simpan dalam peti ais office je. asalkan tak byk sgt. sebabkan hari pertama tu tatau nak letak mana, saya pump and dump. hari kedua dapat 3 paket besar, so yang ni lah saya bekukan.

esok pepagi, saya dah mengadap reception, kali ni akak lain pulak jaga. dia tak banyak soal, amek terus simpan. tapi dia macam meluat sebab saya ikut dia sampai opis haha! akak ni pun saya tak sure, akak ke abang sebenarnya. suara garau je. tak kesah la tu, normal thing in bangkok. jadi saya pun say bye bye kat 3 paket EBM beku tu, dan bertolak ke luar daerah.

bila sampai sana, memang takde facilities. mini bar nye tahap sejuk2 ala kadar. nak beli ice pun macam takde kedai kat situ, middle of nowhere. ada kitchen, tapi saya cuak nak tumpang. so pump and dump selama 3 hari. memang ada lump kt ketiak dah masa tu, cuma tak besar, dan tak sakit. saya bawak omega guard (fish oil) utk reduce bengkak. alhamdulillah tak demam.

saya lebih banyak marmet dari guna pam kat sana pasal ada banyak masa. dan saya boleh massage supaya susu keluar lebih banyak dan tak tersumbat. berbaloi belajar marmet kat youtube hehehe! ingat tu kena belajar marmet ok.

pulang semula ke bangkok, saya tawakal je kot akak reception dah buang ke apa. mujur tak. elok je dalam plastik macam masa saya tinggalkan. takde orang usik. saya bawak semula ke bilik, letak dalam freezer semula. malam tu pam lagi, dapat sepeket lagi. flight saya awal pagi, 4am dah bangun dan ke airport. paket yang baru tu dah beku tapi tak berapa keras lagi.

yang suspen, saya tak dapat beli ice cubes. 7-11 kat tepi hotel je, tapi takde stock ice. ada party byk sgt kot, semua guna ice cubes kot entah la. so saya letak je dalam coleman tu, tutup. sampai kat airport, sempat wrap, checked in dengan luggage. kemudian saya pun malas nak fikir hahaha! tapi dalam malas nak fikir, dah SMS suami siap2, standby ice masa fetch saya kat airport tu, mana tau ada rezeki kan.

flight dari bangkok 6.20 pagi waktu sana, sampai KL 9.30pagi. 2 jam je lah, ada harapan susu tak cair. saya bukak coleman cepat2, yes, alhamdulillah semua beku lagi. yang pam malam sebelum tu tak beku sgt, tapi belum pun cair. boleh pakai lagi. kami terus balik rumah, simpan dalam peti ais. selamat.

Jadi lah..buat pengalaman dan cerita2 bila Adam dah besar nanti :)
ada cerita ngok ngek masa lalu depan pacik2 kastam kt KLIA. dia nampak coleman tu berbalut. dia tanya, apa tu? saya kata, ni breastmilk. pacik sorang lagi buat muka pelik, pastu kata, "itu kan boleh beli kat sana" entah la apa dia paham, sampai jawab gitu. aku pun tak paham apa yang dia paham hahaha! saya balas, ini susu saya, susu ibu. paham ke tak entah. lantok ler. hahaha! takkan dia ingat aku beli breastmilk kat bangkok kot. isk pelik.

petang tu kami pun balik kampung. nanti saya cerita pasal adam mogok, tak nak direct feeding dengan mama. siap pejam mata. masa saya update ni pun dia mogok lagi. nak minum EBM dalam botol je. nanti saya cerita ok. sedih pun ada, lawak pun ada.

masa on the way ke KL, adam mengamuk dalam kereta, tanak saya pegang dia.
kena berhenti sejam , ayah dia kena pujuk, akhirnya lena dalam pangkuan ayah.
saya sedih masa ni, tapi yakin rajuk dia tak lama.  
ok jumpa lagi di cerita akan datang :))

3 comments:

CheRus said...

ha..ha..Pakcik2 kastam tu kate..breastmilk boleh beli kata sana..aha..lawak!!!..tak paham la tu...weeee.. actually good experience...hope adam boleh df semula..merajuk dah....

Puteri said...

confirm la pacik tu keliru hahaha

Momma Mia said...

haha pcik kastam mmg gitu buat2 tak fham... haha mencabar gak. Tahniah2!!! still continue bf walau cabar travelling... tabit toin toin

terkenang zaman travel korea... ohhh dah nk dekat setahun ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...