saya malas nak cerita tentang trip ni, sebab takde apa menarik sangat pun. sempat bershopping di bangkok, kemudian kami ke daerah lain lebih kurang 4 jam perjalanan. rasa bontot pun dah tukar bentuk empat segi je. letih, sakit pinggang.
saya dapat mengepam semasa di hotel di bangkok. kemudian semasa di luar bangkok, saya ingatkan liner breastmilk tu cicir, jadi saya tak simpan susu. pump & dump. kalau dulu saya sedih buang susu, kali ni tak sangat. sebab saya dah set dalam kepala, saya pam dan buang susu untuk kesihatan saya. kalau tak pump, bengkak boleh demam dll. tak perlu sedih- sedih.
sebelum ke luar daerah, saya tumpang 3 pek susu dah beku di freezer office hotel ni. mujur diaorang tak kesah pun. tadi petang saya sampai semula ke hotel yang sama, saya ambil dan simpan di peti ais bilik. kejap tadi dapat pam lagi 7 oz, dah simpan dalam freezer. in total dapat la 4 pek.
esok pagi kami akan keluar ke airport awal pagi, 4 pagi waktu tempatan. flight ke KL pukul 6.20am. mungkin saya pam di awan biru je esok. 4 pek tu saya akan letak dalam bekas coldman, letak ais yang beli kat 7-11, kemudian balut di airport, check in. tengok la esok macam mana. insyaallah takde masalah.
aha, jangan lupa, bulan ni promosi alfalfa. happy gila saya. ini pun salah satu kegemaran saya & keluarga. yang allergies, gatal2 kulit tak tahan seafood, yang sinus etc, boleh cuba alfalfa. kalau susah berak pun bagus makan alfalfa hari2.
ok, nak tido dah, esok bangun awal pagi. rasa tanak tido pun ada. kira jam dah ni nak balik.
blur je rasa sepanjang travel kali ni... |
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment