Thursday, June 7, 2012

verbal intelligence

salah satu buku kegemaran saya di rumah ni ialah buku tony buzan, bertajuk brain child. saya pernah tulis sikit pasal buku ni dulu.



ada satu bab yang sangat melekat dalam kepala saya, iaitu bab 4, bertajuk "multiple intelligence". saya share sikit apa yang penting saya jumpa dalam buku ini. boleh kita sama- sama praktik dengan anak- anak.


  • multiple intelligence terdiri daripada:
    • verbal intelligence
    • numerical/ logical intelligence
    • engineering/ spatial intelligence
    • sensual intelligence
    • body/ kinaesthetic intelligence
    • creative intelligence
    • personal intelligence
    • social intelligence
    • spiritual intelligence
  • ada banyak cara untuk ibubapa mengasuh intelligence anak- anak dalam aktiviti seharian. saya nak share tentang verbal intelligence saja dulu ya. 
  • verbal intelligence: apa yang ibubapa boleh buat ialah, bercakap, berbual dan menyanyi lah dengan anak- anak seawal usia mereka sehari lagi! jangan fikir mereka tak faham ya. bila kita bercakap, menyanyi dengan mereka, itulah komunikasi bagi mereka. dan apabila mereka dah berusia lebih kurang 2 bulan, mereka akan dapat bersuara dan mengeluarkan bunyi2 dari mulut dengan sendiri. bunyi2 inilah yang kemudiannya akan jadi perkataan! saya pun perasan, masa dalam pantang lepas sebulan lebih, aliyah dan adam pun dah bersuara, terutama bila saya datang dekat, atau waktu pagi bila bangun nampak muka mama dulu. mak saya punya term "dah menegur" katanya.
  • kemudian bila dah besar sedikit, ajak lah mereka bersembang pada bila- bila masa. macam kita bersembang dengan orang dewasa juga (tentulah topik pun kena sesuai ya). mula- mula mereka akan dapat perkataan baru, kemudian mereka akan faham konteks perbualan pula. dan kita pula sebagai ibubapa akan melatih dan membentuk cara kita yang tersendiri semasa berbual dengan mereka. 
  • pastikan juga bila berbual, perkataan- perkataan dikaitkan dengan imej. bayi seawal usia 4 bulan boleh dilatih melihat buku bergambar, mesti mereka suka. tunjukkan gambar, sebutkan nama objek dan imej tersebut. seronok! bila dalam kereta pun kita boleh buat aktiviti ini. lihat, itu matahari! blue sky! bendera! saya teringat, masa kami travel balik kampung, aliyah masa tu baru setahun 9 bulan kot, dia lihat ke langit dan cakap, mama, blue sky ikut kita! amazing! perkataan + konteks! bukan anak saya je amazing, ini memang intelligence semua anak- anak kita, cuma kita perlu asah saja! 
  • bila anak dah besar sedikit, perkataan- perkataan tadi dah boleh jadi cerita, dan bila lagi besar, imej- imej tadi sudah tergambar dalam minda mereka dan mereka boleh merekacipta pelbagai lagi gambaran2 lain dalam minda mereka. 
ok mama semua (dan ayah2 kalau ada membaca blog ni), cuba ya teknik ni! oh saya jumpa link ni http://www.buzan.com.au/Brain_Child.pdf  download dan baca OK :) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...