Sunday, June 10, 2012

kulit sihat dan cantik, cara mudah dengan supplement shaklee

sejak seminggu lepas, beramai- ramai pengguna shaklee group FB yang saya join mula mencuba buat masker dengan ESP & Vitamin E. saya dah suruh kawan saya cuba minggu lepas, padahal saya sendiri belum ada masa nak cuba. kawan saya cakap best gila, kulit jadi supple bila bangun pagi. memang teruja saya sendiri nak cuba. akhirnya malam ni baru ada kesempatan.

humak aihhh memang best ya amats!! bau sedap rasa nak makan masker hahaha! letak sikit je ESP tu, hujung sudu, letak air sikit, picit vitamin E, kasi sebati, tepek kt muka. sangat berbeza rasanya. alang- alang sapa yang dah ada ESP dan vit E tu, leh la cuba ya. tak payah hari2, karang bengkrap haha! tapi takpe, bulan ni vitamin E promo price memang menarik ok! tak rugi letak kt umah, dan telan masuk perut. cantek la nanti insyaallah!


kenapa energizing soy protein menjadi pilihan mereka yang ada masalah jerawat atau masalah kulit kusam dll? protein adalah makanan kepada sel ya, kulit yang bermasalah bermakna, sel pun ada masalah, tidak sihat. berikan sel protein terbaik, sel akan diperbaiki dan dipulihkan. selain itu, protein menjadikan kulit dan badan kita lebih anjal dan gebus. untuk kulit bermasalah, gabungan ESP & Vitamin E adalah yang terbaik. untuk yang ada bajet lebih, boleh tambah Vitamin C dan B- complex. memang berpuas hati. 

-------------------------------------------------

annnyyywaaay...semalam saya pergi conference shaklee, ada product launching dan award untuk yang berjaya dengan business ni. very inspiring and humbled nengok mommies2 part timer/ full timer yang naik pentas, gendong anak pun ada naik pentas dapat award. yang lain dari lain, semua mak- mak ni sangat sederhana walaupun kita tau RM diaorang memang boleh tahan! sederhana dalam ertikata yang sebenarnya. salute!

bila balik rumah, saya berfikir panjang. masa di rumah bersama- sama anak- anak lah pelaburan terbaik (syarat tak jadi singa sepanjang masa dengan diaorang ler haha). dan mak- mak yang naik pentas tadi tu dah buktikan dengan azam diaorang nak bekerja dari rumah dengan pendapatan yang sangat selesa. amin amin amin ya Allah, saya ada impian yang sama, makbulkanlah. terima kasih Allah.

P.S: product launching semalam yang meletop ialah Colagen Powder. nanti saya share lagi info. tak payah cucuk2 y'all, kita telan dan sapu je segala mak nenek supplement ni kasi lawa hahaha! seriously, sejak nak masuk 35 tahun ala2 kertu ni, makin vain ya saya ni. nak sihat, nak lawa, nak cergas, semua nak. ok, selamat malam! esok kita kelija!!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...