breastfeeding itself is actually calming. yer saya setuju, tapi breastfeeding tak sama dengan mengepam! mengepam boleh jadi sangat stressful kalau tak kena hari, tak kena gaya. bila di opis terkejar- kejar, nak pam, nak meeting, nak makan dll. dan cara kerja kita tak sama, ada yang melekat kt meja all day, ada yang merayap all day. ada yang flexi, ada yang tak. saya pernah (dengan naive) fikir, jadi cikgu lebih mudah kot nak mengepam, kerja pun half day. NOT! cikgu terikat dengan jadual mengajar dan jangan harap nak mengepam sambil mengajar. imagine guna handsfree medela freestyle sambil ajar tajwid? ajar sains buat eksperimen??!!
saya bersyukur saya dah otai kat opis ni, so bila2 saya nak pam pun buleh, tapi belum otai sangat sampai nak skip meeting haha! itu dah melampau lah kan. anyway, jom baca sikit, artikel ni saya jumpa bila saya google tentang stress dan breastfeeding. kelakar jugak nama website www.breastfeeding-problems.com! specific abes!
tips kurangkan stress semasa menyusu:
- gunakan masa menyusu sebagai masa terbaik untuk memanjakan bayi. usap rambut mereka, bercakap, sing atau just korek2 mata, hidung diaorang haha!
- makan snack dan minum sebelum menyusu. kalau kita pun dahaga dan lapar, memang lah tak seronok nak menyusu dengan perut berkeroncong.
- menyusu di tempat yang sunyi dan tenang. ini saya setuju, kalau saya menyusu depan tv, adam akan kejap2 berpaling tengok tv, memang stress!
- jika berkesempatan, mandi dulu, dengan air suam untuk bantu flow susu lebih lancar
- pilih position menyusu yang paling selesa untuk kita dan bayi. mesti ada favorite position kan. macam saya, mesti la menyusu sambil baring. adam pun selesa berbaring sebab dia dah tak muat riba mak dia.
- dapatkan tidur yang cukup. ada masa kita kena lupakan rumah yang bersepah, kain baju tak lipat, dan pergi tido.
- cari jalan untuk bertenang dan unwind. ada orang unwind dengan meditasi, yoga, bersenam, berurut dll. solat dan berdoa adalah pilihan terbaik untuk kita orang islam to unwind. bagusnya, kita ada 5 kali sehari untuk unwind!
- cari hobi atau kembali kepada hobi yang biasa kita buat. tukar tumpuan minda selain daripada fikir pasal breastfeeding 24/7
- beritahu pasangan atau ahli keluarga tentang stress yang anda hadapi, mereka pasti boleh membantu
antara cara lain untuk bertenang semasa menyusu termasuklah membaca. dulu masa aliyah memang saya akan pastikan ada bahan bacaan masa menyusu, kalau tak rasa lama sangat pulak menyusu. saya bukan jenis enjoy sangat anak bergayut kat dada hahaha! rasa nak cepat2 setel menyusu, rasa restless kalau lama2 sgt. sebab tu bila ada buku saya boleh distract fikiran saya dengan membaca. plus anak pun dapat contohi tabiat membaca tu. masa tu takde mobile internet ok! dengan adam, tabiat saya buruk sikit, ber-Fb atau twitter sambil breastfeeding. buruk perangai ok. last week dah cuba membaca semula, tapi tertido pulak hehehe! saya akan ubah! baik!
nak tau apa yang bantu saya handle stress sekarang ni? i am not joking, it's vitamin b-complex! on weekend i take more b-complex! i will quickly have my breakfast and take 1 tablet b-complex to start the day. it really helps to handle my stress. ramai orang tanak ambil b-complex pasal takut gemok! itu semua tahyul ya! b-complex juga bagus utk skin ok.
anyway, sebab tu dalam set breastfeeding, tak boleh skip b-complex ni, memang kena ambil. percayalah ianya memang berbeza.
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment