Saturday, June 30, 2012

shaklee business, saya memang serius!

semalam, hari terakhir saya di opis. ramai yang ingat, saya berhenti kerja untuk focus full time dengan business shaklee saya. oh! alangkah bagusnya. nope, tidak semudah itu ya, saya masih sangat2 baru dan belum boleh buat sepenuh masa.

walaupun focus belum mantap, tapi yang pasti saya memang sangat happy buat business ni. betul apa yang kita biasa dengar orang cakap, kalau hati dah suka, semua indah saja. berjaga malam pun indah, bangun awal pagi pun indah, terkejar- kejar lunch time beli stok, jumpa customer pun indah. semua indah ler. dapat bonus 15hb lagi ler indah!


semalam saya ke branch shaklee wangsa maju, ambik trofi, achievement award utk business growth. rank pertama saya iaitu supervisor. saya belum buat duit puluh ribu, tapi dah merasa bonus konsisten 6-7 ratus setiap bulan. sapa nak kasi ye tak? kerja makan gaji bagi kepuasan juga pada saya, sebab minat pada bidang tu memang besar. tapi tak semua idea kita diterima pakai dan diberi ganjaran setimpal, maklumlah bukan kita yang buat keputusan. saya salurkan tenaga dan idea saya ke business saya, dan nah, memang diterima pakai (sebab tu idea saya, mesti lah saya terima hahaha) dan memang ada hasilnya! sikit ke banyak ke, memang ada hasil, ikut banyak mana usaha saya. bila saya rasa down & demotivated at work, saya pujuk diri, ok takpe, si polan tu bukan decide apa yang aku nak rasa atau fikir, tapi aku sendiri yang decide. so i decided to be happy and positive about things that going on around me. BUKAN MUDAH, ada masa negativity memang boleh tarik kita ke bawah, ke lantai, boleh tersembam. tapi kita boleh pilih untuk lawan dan terus berjalan dengan bergaya! dan toleh ke belakang jelir lidah skit ngahaha!

balik rumah, lupa terus pasal masalah di opis, sebab saya dah jumpa kesukaan saya yang baru dengan businesss shaklee. nak tau apa pemangkin saya? saya ada group kawan2 yang positif, saling sokong menyokong. walaupun sesekali ada je yang down dan mula fikir mengarut, yang lain cepat2 akan zassss..hey shut up and move on! cewah, idakla gitu ayat diaorang hahaha!

saya bukan jenis orang yang bersungguh- sungguh pada setiap fasa kehidupan saya. masa sekolah rendah saya bersungguh belajar, naik sekolah menengah MashaAllah nakal pemalas tidur dalam kelas kuat menjawab cikgu dll. contoh pelajar sengal cikgu tak suka lah! akibatnya SPM ala kadar je, orang masuk matriks, saya masuk form 6. bukan form 6 tak bagus, tapi agak sedey bila kena compare hahahaha!

masa form 6, kali pertama dalam sejarah kehidupan dewasa (19 tahun dewasa sangat hehe), saya belajar sungguh- sungguh! sungguh2 to the max, siap ada note dalam poket baju sekolah. study group hari2, bangun tengah malam belajar lagi. kenapa saya buat macam tu? sebab saya takde jalan lain selain masuk universiti. saya tak nak bekerja tanpa degree. saya mesti ada degree. degree dalam bidang apa pun tatau, asalkan degree hehehe!

zaman universiti adalah zaman lalalalalala! belajar pun malas, entah apa je aktivity saya masa tu. mujur tak fail  kihkihkih. buttttttt i am among the first who got the job immediately after the graduation. sebab saya determined. saya mesti dapat kerja tahun tu jugak. dan saya dapat alhamdulillah. kena chargas chargas chargas! lembik lemau kena tinggal, no! no! no! gaji pertama saya beli jeans Levi's, bukan sehelai, tapi dua helai yer. gaji bulan kedua pegi tido hotel dengan kawan2 hahahahaha tah apa2 je.

fast forward, bila dah masuk ke alam pekerjaan, ada kerja yang saya suka, ada yang tak. tapi saya tetap buat betul2, dan kadang2 mengelat. hahaha! majikan kena paham, pekerja yang mengelat adalah pekerja yang rendah motivasinya. atau majikan dah salah pilih masa interview. dua sebab tu je. tak payah la pening2 buat analisis nape ada staff rajin, ada yang malas. motivasi atau salah pilih orang. senang kan? tak payah bayar HR consultant utk tau benda ni yer. apa yang aku merepek ni labu??!!

bila saya tengok trofi tu semalam, ada semacam emosi sebab saya buat business ni untuk tujuan yang lebih besar, yang boleh menukar masa depan anak- anak dan keluarga saya. saya mahu berjaya :))

berminat untuk buat side income dan rasa gembira tiap2 tengah bulan terima bonus? calling2 ya!


HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com 

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

5 comments:

sya_ira said...

tahniah puteri :)

aliyahaznin said...

terima kasih!! :))

toughcookie said...

babe i lama tak jenguk your blog. congrats on this achievement. you memang terer i salute you. still tak decide lagi nak reorder products apa from you. will do that soon!!!

isya said...
This comment has been removed by the author.
isya said...

saya baru berjinak2 dalam dunia shaklee.. mmg sgt2 baru sebab baru shj berdftar sebagai ahli.hee.. itu pon atas dorongan biras :) seronok tgk orang2 yang positif macam sis.. so far, shaklee mmg kene korban banyak mase ke eh..?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...