Tuesday, June 26, 2012

all about adam!

phew! rasa lama sangat tak update blog. rasanya belum bersawang. saya tengah sangat busy di ofis, ini minggu terakhir saya sebelum saya berpindah ke tempat kerja baru pula. alhamdulillah, ini peluang yang lebih baik untuk masa depan kareer saya dan juga penambahan pendapatan isirumah yang lebih tinggi hehehe...dah 6 tahun lebih saya di tempat kerja sekarang, nak kata tak sedih, tipulah kot. banyak kenangan pahit manis kat situ, dan apa diri saya sekarang ni samada sebagai seorang manusia ataupun seorang pekerja, banyak yang saya belajar daripada tempat kerja sekarang. saya berkahwin, beranak 2 orang semasa bekerja di situ. haih. tempat jatuh lagikan dikenang kan...ok habis di situ.

mari kita analisis apa yang anak lelaki montel saya dah boleh buat sekarang ni ya:

latest pic of adam

  • dah pandai "cruising". saya peratikan, dia ni sangat tegap. bukan montel lembik punya orang. boleh pegang sebelah tangan di sofa, sebelah tangan capai toy di lantai, siap bengkok lutut. hebat!
  • dah merangkak. tapi cara merangkak lain macam sikit. sebelah kaki bengkok half sitting. sebijik macam aliyah masa kecik. genetik kot merangkak pesen ni. 
  • oh dah pandai merajuk ye. bila naik suara atau lambat handle dia, boleh telentang atau meniarap tutup muka menangis. 
  • makan, makan, makan. pandai mintak makanan orang lain juga. 
  • pandai suap sendiri. dah pandai pegang sippy bottle dan dongak kepala untuk minum. 
  • dah pandai kutip makanan dan suap ke mulut. 
  • tepis sudu atau tangan mama bila dah kenyang. 
  • terlentuk malu bila ada stranger, atau paling muka ke belakang. 
  • bila diambil orang tak kenal, menangis terus!
  • campak toy bila marah. 
  • ketawa bila saya buat2 terkejut.
  • pura- pura batuk. takleh tahan lawak ni. 
  • angguk bila ditanya, "sedap tak?" mesti food related juga. 
  • pandai berebut toys dengan aliyah. 
  • pandai jerit, dan suka jerit bila ada echo. bising sgt kat parking lot. 
  • teruja dengan mickey mouse, timmy time. 
  • teruja dengan buku yang ada gambar mickey mouse. 
  • suka belek buku
  • marah- marah bila gagal selak mukasurat buku
  • koyak buku
  • makan buku
  • dah buleh sebut mama, ampu (lampu, bukan ass-kissing ampu), dan babbling tatau apa makna
  • semakin comel dan bijak (hahaha anak kita lah yang paling comel dan bijak kan!)
so far, adam is a happy go lucky baby. suka tersenyum, suka ketawa. bila pergi rumah uwan, dia akan sengih dulu kat uwan depan pintu. bila nak balik, tiap kali saya kiss mak mertua, dia dah ready sengih2. personality wise, he is more friendlier than aliyah at same age.fizikal of course lagi besar, lagi tegap, very manly. 

kurang sebulan lagi, adam genap setahun. genap setahun juga saya breastfeeding adam, alhamdulillah. semoga saya diberi kemudahan untuk sambung mengepam di opis baru dan diberi rezeki susu yang banyak untuk adam. amin. 

2 comments:

DeLinn said...

I m happy reading this. Happy for your happy life :-)

aliyahaznin said...

TQ darling!!! :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...