jadi mengapa DHA penting kepada perkembangan kognitif bayi?
DHA ni merupakan bahagian yang sangat penting dalam otak bayi. dalam otak bayi, DHA membentuk sebahagian daripada membrane sel, dan DHA ni beri bahan yang sangat penting (fluidity) yang membolehkan saraf otak berfungsi dengan baik. namun begitu bukan DHA saja yang membentuk membrane sel tersebut. ada satu lagi iaitu LCPUFA (long- chain polyunsaturated fatty acids) atau pun ARA yang juga membentuk sebahagian besar sel membran otak. selain DHA dan ARA, zat2 lain yang penting utk otak termasuklah zat besi dan iodin.
DHA ni jadi fokus sebab ianya tidak boleh didapati dengan banyak dalam makanan2 seharian bayi ataupun dalam susu formula. di sini lah terdapatnya keistimewaan susu ibu. dalam susu ibu telah terdapat secara semulajadi kandungan DHA untuk perkembangan otak bayi yang lebih pesat. ibu2 yang tidak dapat memberi susu ibu kepada bayi, perlu memilih susu formula yang diperkaya dengan DHA.
yang menariknya, walaupun DHA dah ada siap2 dalam susu ibu, pada kebanyakan masa kandungannya hanyalah cukup2 saja (baseline). terutama ibu2 yang dah bersalin lebih daripada sekali, kandungan DHA biasanya akan merosot, dan akan lebih merosot jika pemakanan ibu tadi tidak mengandungi DHA yang tinggi.
tambahan pula, sel membran adalah benda hidup dan kandungan fatty acid dalam sel membran akan berubah2, meningkat atau merosot. lagipun, apabila sel otak bercantum untuk memproses maklumat, membrane yang baru perlu dibentuk dan DHA akan digunakan lagi dan lagi dan lagi.
cuba perhatikan anak-anak masa mereka bermain dan berkomunikasi. sangat amazing bila mereka serap info dan guna info untuk bermain atau berkomunikasi. bantu anak-anak untuk capai full potential dengan memberi bimbingan dan juga melalui pemakanan yang berkhasiat.
Aliyah sumbat mulut cookie monster dengan gelang plastik warna pink, kemudian beritahu saya: mama, mulut dia berdarah! sel otak bercantum lah tu hahaha! |
Mama, tengok Mickey baca buku! |
Yang ni buat saya terpinga- pinga beberapa saat, bila dia tunjuk dan cakap: Aliyah buat triangle! Sel otak bercantum!! Tettt!! Sel otak mak kurang pantas la pulak hahaha! |
hubungi saya,
Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com
* produk ini tidak bertujuan merawat, dan menyembuh penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
2 comments:
terjumpa info ni, juga pasal DHA… sharing is caring :) - DHA Penting Untuk Perkembangan Bayi
hey terima kasih!! :))
Post a Comment