Thursday, May 17, 2012

sel otak bercantum mama!

baru- baru ni masa bawak adam check up, saya terbaca artikel kat dinding clinic. pasal kepentingan DHA untuk perkembangan otak daripada dalam perut sehinggalah dewasa. kita biasa dengan pasal pentingnya DHA untuk otak anak- anak, malah iklan pun banyak sebut kan, DHA penting untuk sel otak bercantum. tapi tau ke apa makna semua tu?? eceh. info ni saya summarize daripada interview dengan dr. uauy dlm artikel tu.




jadi mengapa DHA penting kepada perkembangan kognitif bayi?

DHA ni merupakan bahagian yang sangat penting dalam otak bayi. dalam otak bayi, DHA membentuk sebahagian daripada membrane sel, dan DHA ni beri bahan yang sangat penting (fluidity) yang membolehkan saraf otak berfungsi dengan baik. namun begitu bukan DHA saja yang membentuk membrane sel tersebut. ada satu lagi iaitu LCPUFA (long- chain polyunsaturated fatty acids)  atau pun ARA yang juga membentuk sebahagian besar sel membran otak. selain DHA dan ARA, zat2 lain yang penting utk otak termasuklah zat besi dan iodin.

DHA ni jadi fokus sebab ianya tidak boleh didapati dengan banyak dalam makanan2 seharian bayi ataupun dalam susu formula. di sini lah terdapatnya keistimewaan susu ibu. dalam susu ibu telah terdapat secara semulajadi kandungan DHA untuk perkembangan otak bayi yang lebih pesat. ibu2 yang tidak dapat memberi susu ibu kepada bayi, perlu memilih susu formula yang diperkaya dengan DHA.

yang menariknya, walaupun DHA dah ada siap2 dalam susu ibu, pada kebanyakan masa kandungannya hanyalah cukup2 saja (baseline). terutama ibu2 yang dah bersalin lebih daripada sekali, kandungan DHA biasanya akan merosot, dan akan lebih merosot jika pemakanan ibu tadi tidak mengandungi DHA yang tinggi.

tambahan pula, sel membran adalah benda hidup dan kandungan fatty acid dalam sel membran akan berubah2, meningkat atau merosot. lagipun, apabila sel otak bercantum untuk memproses maklumat, membrane yang baru perlu dibentuk dan DHA akan digunakan lagi dan lagi dan lagi.

Kandungan DHA dalam otak ibu akan merosot setiap kelahiran. jadi kena lah rajin2 replenish keperluan set otak tu ya. supaya otak lebih cergas nak handle kerenah anak- anak dan segala macam pertanyaan mereka nanti. 
interview tu ada jugak sentuh pasal otak bayi yang bijak bukan bergantung sangat pada faktor genetik ayah dan ibu (walaupun ada pengaruh) tapi lebih kepada cara anak dibesarkan (nurturing) dan nutrient yang mereka terima melalui pemakanan. mengikut kajian, bayi yang diberi susu ibu mempunyai otak yang lebih cerdas 3-4 bulan lebih advance berbanding bayi yang diberi susu formula. walaubagaimana pun ibu2 ada pilihan untuk beri susu formula yang diperkaya dengan DHA, walaupun kualitinya tetap tidak sama.

cuba perhatikan anak-anak masa mereka bermain dan berkomunikasi. sangat amazing bila mereka serap info dan guna info untuk bermain atau berkomunikasi. bantu anak-anak untuk capai full potential dengan memberi bimbingan dan juga melalui pemakanan yang berkhasiat.


Aliyah sumbat mulut cookie monster dengan gelang plastik warna pink, kemudian beritahu saya: mama, mulut dia berdarah! sel otak bercantum lah tu hahaha! 

Mama, tengok Mickey baca buku! 

Yang ni buat saya terpinga- pinga beberapa saat, bila dia tunjuk dan cakap: Aliyah buat triangle!
Sel otak bercantum!! Tettt!! Sel otak mak kurang pantas la pulak hahaha!
---------------------------------------------------

Omega Guard Shaklee adalah pilihan bijak dan terbaik untuk ibu2 beri pada anak- anak, samada melalui susu ibu (ibu makan omega guard, pass ke bayi), atau beri terus pada anak- anak. Omega Guard merupakan minyak ikan berkualiti tinggi yang mengandungi DHA dan EPA yang diperlukan otak sel otak anak2. hanya yang terbaik untuk anak tersayang :) Baik untuk mama juga!

hubungi saya,

Puteri
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com

* produk ini tidak bertujuan merawat, dan menyembuh penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

2 comments:

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal DHA… sharing is caring :) - DHA Penting Untuk Perkembangan Bayi

Puteri said...

hey terima kasih!! :))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...