Wednesday, April 18, 2012

blog giveaway again!

blog giveaway kali ni adalah sempena bulan kelahiran aliyah & suami saya. kali ni saya nak beri tema berdasarkan hobi saya, hobi ayah aliyah, dan saya berdoa semoga aliyah dan adam juga akan ada hobi yang sama. iaitu membaca dan menggemari, mencintai, menyayangi buku dan ilmu pengetahuan. amin. 

baru- baru ni staff saya pergi ke sichuan, china. saya pesan minta belikan set bookmark yang pernah saya beli dulu. saya mungkin tak ke sichuan lagi, jadi saya pesan beli lebih, untuk saya simpan dan untuk buat blog giveaway sempena bulan kelahiran aliyah & suami saya. 

comel kan? sichuan tempat panda- panda. saya pergi sichuan tahun lepas masa pregnantkan adam 6 bulan. hazab naik AirAsia sakit pinggang, tahan kencing whatnot. hehehe...sebab tu la adam sepet sangat kot! 

macam mana nak menang bookmark comel ni? 
ada LIMA bookmark saja untuk LIMA pembaca/ pengunjung blog ini. 

ok, ini syarat- syaratnya:

  1. sila ambil buku yang SEDANG anda baca ketika ini. yang sedang anda cuba khatam sekarang ini. jangan capai buku/ majalah kat newsplus ke MPH ke ok. suratkhabar pun tak layak ye. 
  2. lihat mukasurat kegemaran anda, atau ayat kegemaran anda, baca balik ayat yang best sangat tu, atau info yang best gila dalam buku tu.
  3. salin, dan taip balik ayat/ quote tersebut pada ruangan komen entry ini. 
  4. tulis tajuk buku dan mukasurat mana ayat best tu dapat dijumpai 
LIMA peserta terawal yang meninggalkan jejak buku dan quotes dalam ruangan komen, adalah pemenang! 
jangan lupa tinggalkan email untuk saya hubungi ok! 
kacang botol kan?! 

8 comments:

Momma Mia said...

wowie happy bufday to Aliyah princess jr & tuan putera kpd puteri :)

"... Hidup kita adalah untuk beribadah. Tentukan segala amalan tercatat sebagai ibadah KERANA ALLAH, dengan sendiri kita tak suka kpd gosip & tidak akan digosip. Lihat apa kita baca & buat, itulah petanda tiket neraka atau syurga yg kita tempah setiap hari.

Buku : Refleksi Diri ~ Prof Dr. Muhaya Hj. Mohamad (m/s 22)

Puteri said...

TQ alin for sharing! kita tunggu lagi 4 org ek! hehe

addiniah nas said...

slm..smga mkin btambah2 rzki akk,suami dan ank2..slmt ulgthun kelahiran dr kmi sekeluarga :)

" Solat sunat Dhuha merupakan tanda terima kasih kita kpd Allah SWT atas nikmat kesihatan setiap sendi dlm tubuh kita. Menurut Rasulullah SAW, setiap sendi dlm tubuh kita jumlahnya 360 bahagian, setiap hari perlu diberi sedekah sebagai makanan "

Majalah i,bil.114,april2012(m/s73)

Puteri said...

Tq nas for sharing!!

Unknown said...

Happy birthday to aliyah and bapak aliyah..hehehe...

" Expert are not always the best teachers. Experts are often unable to articulate why they reached a particular decision. You may find that someone at a competent level might be in a better position to teach a novice than an expert would be."

Book: Pragmatic Thinking & Learning, pg 31

nits said...

alamak, apasal jadi unknown ni... It's me....

Puteri said...

Oit nita, who is the author??

nits said...

Haiyooo...boleh terlupa author plak.... Author: andy hunt

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...