Wednesday, January 25, 2012

solid food time!

Mama..i am ready to eat!!
alhamdulillah, adam dah pun 6 bulan. masa untuk makan!! memang kelakar tengok adam bila kitaorang makan, macam teringin sangat, mulut terkumat kamit hehe. saya share sedikit kat sini apa asas yang ibu perlu tau sebelum memperkenalkan makanan kepada bayi. sumber: www.babycenter.com

1- leher dah cukup kuat dan tegak
pastikan leher bayi dah kuat dan tegak, dan kepala bayi dah boleh dikawal dengan baik. kalau masih lembik, camane nak makan dan telan makanan kan?

2- lidah tak lagi terjelir- jelir (susah nak translate "extrusion reflex" hehe)
baby yang dah ready nak makan, lidahnya tak menolak makanan ke luar dari mulut. dia kena pandai simpan dalam mulut dan telan makanan.

3- pandai telan
boleh perhatikan, baby dah sedia untuk makan, bila ada makanan dalam mulut, dia pandai tolak ke dalam then dia telan. bila dah makin pandai telan, makin kurang la air liur meleleh- leleh time makan tu!

4- boleh duduk dengan tegak
walaupun kena support kat belakang, baby yang dah ready untuk makan, boleh duduk dengan tegak.

5- berat badan bertambah dengan baik
menjelang usia 6 bulan, sepatutnya berat bayi dah dua kali ganda berat masa lahir (adam ni terlebih pulak)

6- selera bertambah
baby yang dah ready untuk makan, akan lebih berselera, minum susu pun macam tak cukup- cukup.

7- teringin tengok orang lain makan
baby akan mula sibuk nak masuk toys dalam mulut, dan sangat berminat dengan makanan yang kita makan depan dia.

saya memang menyediakan homemade food untuk adam (dan aliyah masa dulu). saya lebih confident dengan apa yang saya masak (senang pulak tu) berbanding beli yang ready made. untuk yang baru mencuba solid food, pastikan tidak terlalu banyak ramuan digunakan untuk minggu2 pertama. satu tip saya boleh share ialah, saya campur sebiji kurma dalam setiap jenis makanan yang saya sediakan, bagi memastikan ada serat (selain sayur) dalam diet baru anak. so far dah tiga hari adam makan, alhamdulillah, dia poo poo macam biasa, takde sembelit atau sakit perut. dan sampai sekarang aliyah pun masih suka kurma sebagai snack. boleh cuba ye!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...