this statement has not been evaluated by the food and drug administration. this product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.
2 minggu lepas ni, adalah hari- hari yang mendebarkan untuk kami sekeluarga. saya tidak berkongsi banyak cerita tentang hal ini kerana tidak mahu terlalu ramai orang tahu kerana tidak mahu sekiranya ada cas- cas negatif (akibat komen atau spekulasi) yang akan mengganggu kami. hanya keluarga terdekat dan kawan- kawan rapat saja yang tahu dan saya minta jasa baik mereka untuk mendoakan kemudahan urusan kami sekeluarga.
emak saya telah selamat menjalani pembedahan thyroid pada hari isnin lepas. 2 minggu lepas, dia mengalami sesak nafas kerana goiter di leher (antara tanda thyroid yang sudah sangat serius) telah menjadi begitu besar dan menyekat saluran pernafasan. ramai ahli keluarga perempuan sebelah emak saya mempunyai thyroid, ada yang telah buat pembedahan, ada yang belum. emak saya tidak berbuat apa- apa tentang thyroid nya sehinggalah kejadian dia sesak nafas 2 minggu lepas. alhamdulilah semuanya berjalan dengan baik. hanya setelah selesai semua, baru emak kongsi dengan saya bahawa doktor memberitahu yang pembedahan itu adalah berisiko tinggi kerana goiter yang besar di tiga tempat di sekeliling leher. dan emak saya masih agak emosional kerana preparation untuk pembedahan, adalah sangat menyakitkan. saya tak dapat nak explain bagaimana, khuatir jika tersalah info dan mengelirukan pembaca. sepatutnya ia hanyalah pembedahan biasa, dan berisiko rendah, jika dibuat dari awal dahulu. walau bagaimanapun, kami sekeluarga bersyukur, semua berjalan lancar. alhamdulillah.
saya memang dah berniat untuk belikan mak vivix. saya dah lama kagum dengan kehebatan produk shaklee yang ini, tapi vivix tidak boleh diambil oleh ibu breastfeeding atau hamil. 2 minggu sebelum mak operate, dia ambil vitalea, vitamin c dan b-complex yang saya bekalkan. dan hari ini, barulah kami mulakan rutin minum 5ml vivix setiap pagi selepas sarapan. mak kata rasanya manis2, kelat. warnanya merah pekat seperti darah!
apa itu vivix?
ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat, elderberi eropah, lobak ungu dan polygonum cuspidatum. tumbuhan2 ini kaya dengan polifenol semulajadi yang tinggi. vivix mengandungi resveratrol yang bertindak sebagai anti- oksida, anti kanser dan anti inflamasi.
siapa perlukan vivix?
tidak kira muda atau tua (kecuali ibu hamil dan menyusukan bayi), lelaki atau wanita dewasa boleh mengamalkan minum vivix untuk kesihatan badan secara keseluruhan. ianya memperbaiki sel yang rosak, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
bagaimana vivix bertindak?
secara ringkas, vivix:
1- memperbaiki sel
2- mempertahankan sel
3- memberi tenaga kepada sel
4- meningkatkan prestasi sel
bagaimana pengambilan vivix?
di minum sekali sehari, selepas makan, sebanyak 5ml saja. satu botol vivix mengandungi 150ml saja. jika anda minum vivix, anda mungkin tidak mahu lagi mengambil vitamin2 lain secara berasingan, kerana ianya sudah lengkap. walau bagaimanapun, vitamin2 lain masih boleh diambil sekiranya mahu.
melalui pembacaan saya, ramai yang mempromosi vivix kerana sifatnya yang anti-oksida untuk awet muda. tapi bila saya jumpa 4 cara vivix bertindak kepada sel, ini yang paling utama pada saya dan saya tidak ragu- ragu lagi membeli bagi memastikan mak saya dapat menjalani proses recovery dengan lebih baik. mak nampaknya suka dengan info vivix yang saya kongsi dengan dia, malah dah ready nak stock lagi sebotol. saya kata, sabarlah dulu, baru 5ml minum, takkan nak stock up dah hehe...
inilah dia rupa vivix, tonic hebat. ianya disahkan halal oleh JAKIM, jadi boleh guna tanpa was-was. jika nak maklumat lanjut, boleh hubungi saya:
Puteri,
SMS 016- 344 7727
EMAIL puteriyusof@gmail.com
No comments:
Post a Comment