inilah yang saya beritahu kawan- kawan dan ahli keluarga tiap kali mereka (yang hamil) mengadu tak suka nak minum susu atau sering terlupa ambil vitamin. apabila dah berdua, ambillah kesempatan ini untuk menjadi orang yang lebih baik, menjadi orang yang lebih sihat, menjadi orang yang lebih gembira dan ceria!
saya benci susu sejak kecil. saya hanya boleh minum jika dicampur dengan milo atau susu kotak yang ada perisa strawberry. saya berlatih minum susu (tak ada perisa bantuan/ tambahan) apabila hamilkan aliyah. latihan ini membawa kebaikan kepada saya kemudian apabila tiba giliran adam, tabiat itu sudah melekat dan saya tiada masalah lagi untuk minum susu. anak bertambah, tabiat berubah (menjadi lebih baik), alhamdulillah.
bila hamil juga, kita tak mahu bercakap perkara- perkara buruk atau pelik kan. kalau boleh nak cakap hal- hal yang elok saja, tak mahu bergossip buang masa. tiba- tiba juga ramai bakal ibu yang cuba menjadi pembaca tegar hihihi! atau tiba- tiba nak dengar muzik klasik! saya tak pun dengar muzik klasik kerana saya tak suka (maaf aliyah dalam perut), tapi mujur saya memang suka membaca. bayangkan jika tabiat- tabiat baru yang baik ini boleh dikekalkan selama 9 bulan, insyaallah boleh melekat selama-lamanya. orang kata nak tukar tabiat hanya 2 minggu, kalau dah boleh selama 9 bulan, bayangkan banyak mana tabiat kurang elok kita boleh ubah!
saya tidak culas makan vitamin ketika hamil, walaupun ada masa saya terlupa. kalau dah tertidur pun, suami akan kejut, siap bawak air dan vitamin ke tempat tidur. pernah dia berpesan, jangan lah anak sulung saja ingat nak makan vitamin, anak kedua buat tak endah! anak ke lapan?? huii ramainya...*insaf*
bila tahu kita dah hamil, mesti excited kan. mesti mahu yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk bayi. mesti list beli barang, beli baju dah siap awal- awal kan?! hehehe...jangan lupa, masuk jugak dalam list untuk beli supplement yang penting untuk ibu dan bayi.
ok di sini saya kongsi cadangan supplement shaklee untuk penggunaan ibu hamil:
1- vita-lea iron formula (multivitamin)
vita-lea dengan formula zat besi ini penting bagi memastikan ibu hamil mendapat nutrient secukupnya setiap hari. hari- hari yang dilalui oleh ibu hamil tak sama dengan ibu tak hamil. kita perlukan tenaga yang cukup kerana kita sedang berkongsi ruang, sumber, malah oksigen dengan si kecil di dalam. zat besi penting bagi mengelakkan ibu mengalami masalah mudah pitam atau pening, atau yang lebih serius ialah anemia. apabila kita hamil, jumlah darah dalam badan kita meningkat hingga 50% daripada waktu tidak hamil. apabila jumlah darah meningkat, badan kita perlu menghasilkan hemoglobin (protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke sel yang lain). dan hemoglobin ini dihasilkan oleh zat besi. sebab itulah kita perlukan tambahan zat besi ketika hamil. dan jangan lupa, zat besi penting untuk perkembangan bayi dan placenta juga! biasa doctor akan bagi acod folic kan bila pertama kali membuat check-up, dan dalam vita-lea ada acid folic juga.
2- b- complex
dalam b-complex shaklee, selain lengkap dengan 8 jenis vitamin B, ianya juga dilengkapi dengan acid folic. (dalam vita-lea ada 200mcg, dalam b-complex ada 200 mcg) ibu hamil memerlukan memerlukan sekurang- kurangnya 400mcg acid folic sehari. acid folic penting bagi pertumbuhan sistem saraf bayi seawal minggu pertama kehamilan (sebab itu ketika merancang kehamilan pun kita dah mesti ambil acid folic). berikut adalah info lebih lengkap tentang kebaikan b- complex kepada kehamilan dan bayi dalam kandungan:
- B1 (thiamin), B3 (niacin), B12 (cobalamin) diperlukan untuk perkembangan organ, otak dan sistem saraf bayi.
- B2 (riboflavin) bantu bayi membesar
- B5 (pantothenic acid) bantu bayi membesar dan bantu mengelakkan risiko anemia kepada ibu
- B6 (pyridoxine) dapat kurangkan risiko keguguran di awal kehamilan, dapat mengurangkan rasa loya
- B9 (folic acid) mencegah risiko kecacatan pada bayi
vitamin C penting bagi membantu badan kita menyerap zat besi yang penting bagi pembentukan hemoglobin. selain itu ia membantu kita mencegah jangkitan penyakit (ibu hamil mudah sangat berjangkit demam atau selesema kan!). kepentingan vitamin C (hamil atau tidak) termasuklah memperbaiki tisu badan, untuk membaiki tulang dan juga untuk kesihatan kulit.
4- ostematrix
ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. apa yang bestnya ostematrix ialah ianya tidak mengandungi lemak (berbanding jika mendapatkan kalsium melalui produk tenusu). vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium- lihat entry ini. kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pembentukan tulang, dan pembentukan gigi bayi sejak dalam kandungan lagi. pengalaman peribadi saya, kedua- dua aliyah dan adam, lahir dengan leher yang kuat dan tegap. mudah untuk mandikan mereka walaupun baru lahir. saya memang berdisiplin dengan pengambilan kalsium tambahan dan saya juga minum susu setiap hari. semasa hamil, kita juga berkongsi stok kalsium dalam badan dengan bayi, jadi amat penting bagi ibu mendapatkan bekalan calcium secukupnya.
5- energizing soy protein
protein penting kerana ianya mengandungi acid amino yang membentuk sel. dan sudah tentulah juga untuk pembentukan sel bagi bayi yang dikandung. terutamanya pada semester kedua dan ketiga, bayi akan membesar dengan pesat dan protein membantu badan kita memenuhi keperluan organ badan kita. lagi bayi membesar, lagi banyak yang badan ibu perlu sediakan dan protein yang lengkap adalah salah satu persediaan penting.
6- omega guard
persiapan membina minda anak, mesti bermula dari dalam kandungan. ada banyak petua bagi mendapatkan minda yang sihat dan cerdas yang boleh diamalkan oleh ibu hamil. pilihan untuk mengambil makanan yang mempunyai DHA yang tinggi adalah salah satunya, dan ia boleh didapati dengan mudah dengan pengambilan omega guard dan untuk ibu pula, omega guard boleh mengawal kadar kolestrol.
5 comments:
salam ayu..nk tanya klu selalu hadapi sindrom kebas tangan sebelum pregnant..pastu mase pregnant lagi la teruk..ade supplement yg sesuai tak?tq
-lin-
salam lin,
selalu kebas2 ni kait dengan kurang zat besi (iron) dlm badan. kalau b4 pregnant pun biasa kebas, masa pregnant lg kebas sbb darah kena pam 50% lebih kuat utk share dgn baby juga.
vitalea (multivitamin) shaklee diperkaya dgn iron (namanya pun vitalea-iron formula).
tp kan, kalau kebas yang extreme tu, kena check doctor, in case its a simptom of anemia.
P.S: ni lin mana ek?? huhu
hehehe lin kakak raat :.
anyway tq fir info.dulu sebelum ngndung akid selalu kebas2..doc bg b-complex n ubt saraf ape ntah..pastu dia ckp sbb over use.mase 8bulan ngndung paling teruk sampai xrase ape jari jemari..mkn mase gak nk hilang pas bersalin.skrg ni pn still kebas2 tgn bile byk buat keje..tu ingt nk cari supplement yg sesuai..
oooo hehehe ingatkan sapa hahaha!! adehh lawak pulak rasa...kalau amek vitalea ni mmg ada zat besi dalam tu...saya masa pregnant pun kebas2, tapi tak teruk sgt. doctor ckp psl darah rendah. nnt ada info lagi pasal ni, saya kasi tau lin.
ok tq..ape2 hal nanti sy sms.mcm berminat ni heheh
Post a Comment