Tuesday, November 15, 2011

apa yang diperlukan oleh breastfeeding mom?

maksud saya selain breastfeeding bra & nursing pad! oh dan nipple cream (btw saya suka medela's lanolin for nipple cream)

keperluan nutrien ibu menyusu adalah lebih kurang sama seperti ibu hamil, tetapi memerlukan lebih 200 kalori setiap hari untuk memastikan badan dapat bertahan dan dapat menghasilkan susu yang cukup. ibu yang menyusu bayi boleh hilang dalam 1- 4 pound sebulan tanpa menyekat pengambilan makanan seharian. hmmm..tapi kenapa ramai juga yang tak slim walaupun menyusukan bayi? senang je, mesti lah kerana mereka mengambil makanan yang melebihi kalori yang diperlukan oleh badan!

protein- dalam sehari, ibu yang menyusu perlu mengambil 3-4 serving protein, sekitar 3-4 pounds daging/ ikan/ telur/ seafood/ yogurt/ cheese/ tofu dll. tapi untuk seafood, ada jenis seafood tidak begitu digalakkan disebabkan kandungan mercury yang tinggi seperti mackerel.

calcium- dalam sehari, ibu perlukan sekitar 1000- 1300mg calcium. sumber paling mudah nak dapatkan calcium ialah susu dan paling mudah nak tau berapa banyak calcium kita dapat dari susu yang kita minum, ialah dengan melihat label pada kotak susu. atau lagi mudah dengan mengambil pil calcium. sumber calcium yang lain termasuklah cheese, yogurt, atau jus yang ada calcium fortified (ada orange juice yang calcium fortified, perlu baca label carefully). sebenarnya tulang wanita boleh menjadi lemah/ reput ketika hamil, jadi samada ibu tersebut menyusukan bayi atau tidak, mereka memerlukan calcium untuk memperbaiki dan menguatkan tulang. 

vitamin c- ibu yang menyusu bayi memerlukan vitamin c yang lebih tinggi sedikit berbanding ketika hamil. vitamin c ada jenis vitamin yang larut air, pengambilan vitamin ini boleh meningkatkan kandungan susu ibu, ke satu tahap tapi kemudian nya akan mendatar (kellymom.com). pengambilan vitamin c lebih kepada memastikan kesihatan ibu adalah pada tahap optimum dalam memastikan kejayaan proses penyusuan.

dan yang paling penting, ibu mesti minum air yang secukupnya!

2 comments:

toughcookie said...

Minum air secukupnya tu yang wa sangat lemah..

aliyahaznin said...

hihihi..cuba 2 minggu in a row, orang kata, if to break into a habit, do it in 14 days in a row, pasti melekat jadi habit!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...