Tuesday, July 7, 2015

Belajar berjimat, sambil belajar tambah pendapatan

Assalamualaikum semua :)

Sejak kerajaan nak perkenalkan GST, har- hari kita dengar kempen belajar berjimat cermat. Segala macam tips dikongsi, daripada yang praktikal dan logik, sampai ke tips yang dijadikan lawak jenaka, contohnya tips nasi goreng menteri. Cuba tengok survey ni, dibuat untuk lihat kesan GST terhadap sikap rakyat Malaysia untuk lebih berjimat- cermat di tempat kerja.


Survey ni buat saya terkenang zaman saya bekerja di pejabat dulu, ulang alik dari Wangsa Maju ke Dayabumi. Masa tu suami saya bekerja di Bangsar, jadi most of the time, pergi kerja sama- sama, dia akan drop me off di Dayabumi. Waktu balik, saya akan naik LRT Pasar Seni dan dia akan ambil di LRT Seri Rampai. Takde cara lain dah nak berjimat untuk kos transport kami, nak tanak kena jugak pergi kerja, isi petrol kereta dan beli Touch n Go untuk LRT setiap bulan. Kebanyakan kawan- kawan saya pun macam ni. Cuma ada yang naik motor dengan suami, lebih cepat kata mereka. Saya pulak tak berani naik motor, gayat!

Yang saya boleh kawal belanja di pejabat ialah kos makan tengah hari. Dulu, masa single, saya dan kawan baik di pejabat buat deal, sehari makan RM5 saja. Masa tu ofis kami di Ampang Point. Bayangkan keliling tu penuh kedai makan sedap- sedap, dan sudah tentu RM5 tak lepas la. Tapi kami kreatifkan diri. Pergi la Ampang Yong Tau Foo tu makan sayur- sayur dan sup, lepas la RM5 hahaha! Nasi bungkus pun lepas RM5. Itu dulu la, tahun 2005-2007. Tak macam sekarang, nasi bungkus ada ke RM5 lagi? Bila ofis pindah ke Dayabumi, tahun 2008, RM5 dah tak boleh beli apa untuk makan tengah hari. Kena up RM10 sehari, masih boleh lagi makan nasi campur, atau nasi ayam.

Walaupun saya tidak lah konsisten berjimat cermat, buat bajet makan macam ni. Bila ada duit lebih, mulalah selera bertambah. Nak sushi lah, nak thai food lah, nak itu, nak ini. Bila dah poket kering, pandai pulak buat bajet RM5 balik haha! Kalau masa bujang ok lagi, fikir tekak kita je. Bila dah kawen, ada anak. kalau tersalah bajet, seriau perut kalau keperluan anak- anak tersangkut pulak.

Dulu saya tak faham kenapa ada kawan- kawan saya buat 2 jobs sehari. Pagi ke petang di ofis. Malam pun kerja di call center, di hotel- hotel. Memang lesu je saya tengok diaorang pergi kerja. Rupa- rupanya ramai orang takde pilihan selain kena buat duit lebih. Jimat cermat saja tak cukup, kena juga tambah pendapatan daripada sumber lain.

Bila saya mula buat part time dengan bisnes Shaklee, baru saya nampak rational mengapa orang pilih untuk ada side income. Masa saya mula- mula dapat income 4 angka dengan Shaklee, dan dibayar pada 14hb, baru saya sedar, wah ini memang- memang melegakan. Tengah bulan, waktu poket semakin kering. Masa tu kalau boleh keluar note 10 kat ATM pun kita buat jugak. Punya la teruk keadaannya. Bila dapat income dari sumber kedua, Allah je tau betapa leganya boleh bernafas. Kalau nak balik kampung pun boleh, kalau tiba- tiba kereta kena servis pun tak sakit kepala.

Kalau anda rasa dah cukup berjimat, tapi keadaan masih sama, pendapatan belum mencukupi, sudah sampai masanya untuk fikir tentang pendapatan sampingan. Dan kalau anda mahu belajar untuk buat duit dengan Shaklee, saya sedia membantu. Hubungi saya, dan kalau anda di sekitar KL, saya sedia untuk berjumpa dan kita boleh berbincang. Saya tahu ramai yang mahu peluang ini, dan jika anda fikir saya sesuai untuk jadi mentor anda, kita sembang lagi ok :)

Puteri Yusof
016- 344 7727
Kuala Lumpur

2 comments:

Unknown said...

teringat makan nasi kandar penang lauk ayam goreng kuah kari...kena cepat2 kata STOP kat mamak tu,kalau tak kuah banjir macam empang pecah

aliyahaznin said...

masih lagi favorite aku makan gitu kalau gi mamak, haih dap dap...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...