Monday, February 2, 2015

Reward stickers menyekat kreativiti anak?

Assalamualaikum semua :)

Bulan lepas, saya menyediakan jadual harian untuk Aliyah. Bermula daripada bangun pagi, sampai balik sekolah, sampailah waktu tidur. Pada awalnya memang dia semangat nak ikut, kemudian on-off. Tapi dia memang proud dengan timetable tu, dan kalau ada masa yang dia memang ikut, dia akan belek timetable tu sorang- sorang, bangga haha! Saya tak begitu strict pun, sekadar nak memperkenalkan kepada Aliyah kepentingan timetable dan konsep disiplin. Ada hari yang dia tak perlu disuruh pun dah buat, contohnya solat dan beri ikan makan. Saya berkira- kira untuk beri reward kepada Aliyah bila dia cemerlang ikut timetable, tapi masih berfikir tenang kewajarannya. I mean, in adult life, we don't get reward every hour for the good things we do with our life, isn't it? Haha Mama too philosophical pulak!

Jadual kebanggaan Aliyah

Waktu solat katanya....

Yang ni takde dalam timetable - buat sepah

Dan semalam, saya terjumpa satu artikel menarik tentang kreativiti anak- anak, dan bagaimana ibubapa mungkin sebenarnya tanpa sedar telah menyekat daya kreativiti ini berkembang dengan lebih baik, dan salah satunya ialah dengan memberi reward! Huhuhu!

1- Reward sekecil- kecil seperti sticker pun sebenarnya boleh menyekat motivasi dan keinginan anak- anak untuk buat sesuatu dengan lebih baik dan secara SUKARELA. Pemberian reward yang melebih- lebih menurut kajian menyekat eksplorasi dan imaginasi anak- anak. Kita tidak mahu anak- anak yang hanya ada keinginan untuk dapatkan "stars" sahaja dan tidak mahu mencuba lebih daripada itu.

2- Shadowing, ataupun micromanaging kerja anak- anak juga salah satu penyekat kreativiti anak- anak. Ibubapa yang asyik duduk di sebelah anak- anak, memberi arahan dan pembetulan itu ini, begitu begini, boleh menyekat keupayaan anak- anak untuk ambil risiko dan belajar daripada kesilapan.

3- Limited choice, bermaksud kita hanya beri peluang kepada anak- anak untuk beri satu jawapan yang tepat saja. Hidup bukan kertas MCQ! Hidup ada pilihan, dan dengan memberi peluang kepada anak- anak explore curiosity mereka sendiri. Exploring is the heart of lateral thinking.

4- Over scheduling, sehingga penuh jadual harian anak- anak juga boleh menyekat kreativiti. Aktiviti yang terlalu banyak, tidak memberi peluang kepada anak- anak untuk "do nothing and recharge". Waktu- waktu "do nothing" atau "kebosanan" sebenarnya memberi ruang kepada otak anak-anak untuk berfikir dan menjadi kreatif.

Menarik kan? Saya baru berkira- kira nak mencari cikgu renang untuk Aliyah, sebab dia memang enjoy berenang (hentam saja lah dulu). Itupun lama saya fikir celah mana nak susun jadual selepas dia balik sekolah jam 1 tengah hari. Kelas mengaji pun belum mula, setakat mengaji di sekolah saja dan sesekali revision dengan saya di rumah. Tapi bila tengok anak- anak orang lain sibuk dengan segala macam aktiviti, eh ketinggalan pulak rasanya hahaha!

Apa pendapat anda pula :)

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...