Sejak berzaman- zaman, bergenerasi- generasi lah saya boleh katakan, bisnes MLM dan isu rugi, tiada hasil, bertambah hutang, memang sangat sinonim. Ramai terpaksa bungkus bisnes, dan terpaksa pula tanggung hutang keliling pinggang. Ini memang merupakan perkara utama yang buat orang takut nak menceburkan diri dalam bisnes MLM atau network marketing.
Dan di Malaysia hari ini, pelbagai produk baru dikeluarkan, dan digabungkan dengan gaya pemasaran MLM. Daripada produk makanan, kesihatan, pelaburan emas dan baru- baru ini ada juga melibatkan pelaburan hartanah, pun guna skim MLM. Dan ia melibatkan wang bukan 1-2 ringgit, tapi beribu- ribu malah berjuta- juta jika dikumpulkan.
Jika anda berkawan dengan ramai pengedar- pengedar Shaklee di Facebook, anda mesti biasa melihat mereka bercerita tentang modal bisnes Shaklee yang rendah, iaitu hanya RM65 sebagai bayaran keahlian seumur hidup. Dan mereka akan bercerita bahawa bisnes ini tidak perlu untuk menyimpan stok di rumah. Jadi tidak hairanlah ramai pengedar yang hanya berurusan daripada rumah, menggunakan kemudahan internet semata- mata, dan tidak perlu keluar rumah pun.
Tapi, tahukah anda, sekecil- kecil modal yang dikeluarkan oleh pengedar Shaklee, pun masih ramai yang mengalami kerugian? Saya kongsikan di sini 5 bentuk kerugian yang biasa dialami oleh mereka, tidak mengira pangkat dan jumlah pendapatan bulanan, berdasarkan pengalaman saya sendiri dan pemerhatian saya di dalam group saya.
1- Tidak pandai urus wang yang kecil, gagal urus wang yang besar
Jika seorang pengedar itu seperti saya, bermula kecil- kecilan, biasanya bonus bulanan yang diterima akan bermula dengan jumlah 2 angka dahulu, dalam 25 ringgit hingga 80 ringgit, itu biasa. Kemudian perlahan- lahan akan meningkat ke 100-300 ringgit jika usaha dibuat secara konsisten, dan dalam 3-4 bulan sudah boleh mencecah sekurang- kurangnya 1000 ringgit dan lebih. Jadi, persoalannya, apa yang kita buat dengan wang ini, terutamanya jika kita masih punya gaji tetap, dan bisnes hanya dibuat secara sambilan? Untuk mendapatkan jawapan, lihat apa yang kita buat dengan bonus pertama, yang paling sedikit itu. Jika semuanya lenyap, tak tahu ke mana, besar kemungkinan yang 1-2 ribu juga akan lenyap begitu saja. Ini sangat mudah terjadi kepada mereka yang buat bisnes Shaklee secara sambilan, kerana gaji bulanan sudah ada, extra daripada bisnes memang digunakan secara cuai dan tanpa perancangan. Jika berlarutan, bonus 10-20 ribu pun, sama juga keadaannya. Rugi!2- Belanja semua pendapatan sampingan, dengan alasan 'reward diri'
Saya perhatikan agak mencabar untuk part-timers memahami dan berdisiplin dengan idea 'reward diri'. Yang kelakar tu, kadang- kadang reward diri lebih pulak daripada hasil dan usaha hehehe! Delayed gratification bukan sesuatu yang mahu diamalkan, sebaliknya lebih mahu kepada instant reward. Dapat 100 ringgit, habis 100 ringgit reward diri. Memang tak perasan sebab kita tidak bergantung kepada 100 ringgit itu untuk makan, bayar bil dan sebagainya. 100 ringgit dilayan seperti durian runtuh! Dan saya lihat, jika dapat 1000 ringgit pun, sama juga tindakan yang diambil. Dan ini sangat merugikan.3- Tidak ada simpanan langsung daripada wang lebihan/ tambahan
Ini sangat biasa terjadi kepada pengedar part timers, kerana mereka sudah ada gaji tetap, dan semua perbelanjaaan sudah ditanggung oleh gaji tetap. Jadi tidak ramai yang terfikir, wang tambahan daripada side business boleh dijadikan simpanan setiap bulan. Tutup mata, dan longgokkan saja dalam tabung simpanan. Saya pernah bertanya ahli group saya sendiri, yang sudah lebih setahun bisnes sampingan Shaklee, berapa tabungan hasil bisnes, dan tidak ramai yang ada tabungan. Ada yang zero pun. Lenyap begitu saja. Dan ia juga terjadi pada saya pada tahun pertama bisnes. Tidak menyimpan langsung!4- Menambah hutang untuk barang- barang yang tidak penting
Ini selalu berlaku kepada yang sudah selesa dengan side income 4-5 ribu sebulan, apa lagi, mata pun mula melilau, dan nafsu semakin besar haha! Saat ini, tidak terasa jika menambah komitment atau hutang baru, apalah sangat 4-5 ratus extra untuk hutang beli itu dan ini. Lagi satu, ia berkaitan juga dengan tabiat, suka berhutang. Jadi apa lagi, rembat lah tv paling besar!5- Menukar gaya hidup
Rata- rata kenalan saya dalam Shaklee, termasuk saya sendiri, majoriti adalah belum mencapai 5 tahun usia bisnes. Apa juga bisnes yang kurang daripada 5 tahun, belum boleh dikatakan stabil, dan memerlukan kita lebih berhati- hati dan belajar untuk menguruskannya. Tetapi ramai yang sudah mula menukar gaya hidup, upgrade terlebih tinggi daripada yang sepatutnya. Sudah tentu kita mahu lebih selesa bila pendapatan bertambah, tapi ia tidak semestinya memerlukan penukaran gaya hidup 100%. Apabila gaya hidup bertukar, sudah tentu ada kos untuk maintenance. Jadi apa yang berlaku, semakin bertambah pendapatan, semakin tinggi pula perbelanjaan. Bila tiba masa pendapatan menurun (adat resam bisnes), ramai yang tersentak dan tercekik. Sangat merugikan!Bisnes bertahun- tahun, tapi pendapatan entah ke mana! |
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah.
No comments:
Post a Comment