Thursday, December 18, 2014

Tips memilih hotel yang mesra keluarga

Assalamualaikum semua :)

Sejak tahun 2005, kerja saya banyak melibatkan urusan travel. Baik dalam negara, mahupun luar negara. Jadi bermalam di hotel tu dah jadi rutin. Kadang- kadang 1-2 malam, kadang- kadang 1-2 minggu pun ada. Masa bujang memang seronok je lah. Ada masa pergi sorang, ada masa dengan colleagues. Walaupun dah biasa, saya tetap seram kalau kena tido sorang- sorang. Bukan seram hantu saja, seram kena rompak pun sama haha. Tapi Alhamdulillah tak pernah lagi kena yang pelik- pelik sepanjang bermalam di hotel- hotel ni, walaupun kebanyakan masa saya bermalam di hotel 3 bintang saja. Maklumlah kerja NGO kan, tak boleh bermewah katanya.

Oh tapi ada sekali insiden kelakar di Banda Acheh. Saya cuba nak lena, tapi payah jugak. Maklumlah dah tau kan apa terjadi di Banda Acheh masa tsunami, dan paling best sebelah hotel tu hospital pulak. Macam- macam cerita pernah saya dengar. Dalam pada seram sorang- sorang tu, terlena la jugak. Tetiba katil bergoncang. Bukan bergoyang yer, tapi bergoncang! Macam ada orang lompat hujung katil. Adoi berderau darahku. Tapi hilang rasa seram jadi nak marah pulak. Badan dah la penat, tak boleh tido, kemudian kena kacau lagi. Haih. Esok pagi saya cerita dengan opismate, dia gelak saja. Dia kata kat Banda Acheh ni kan selalu ada tremor gempa bumi, sesekali bergegar. Bukan hantu katil!

Anyway, fast forward, bila dah ada anak- anak, ada masanya saya bawak juga anak- anak ikut travel. Dan bila dah buat bisnes full time, pun kami masih lagi travel bersama- sama. Bila dah kerja sendiri, takde la pening sangat nak memilih hotel. Pada saya yang penting ialah keselesaan anak- anak, dan kebersihan. Saya share di sini tips yang penting pada saya, untuk memilih hotel demi keselesaan anak- anak.

Pic: Google



1- Saya prefer bilik hotel yang takde carpet
Kenapa ye? Sebab anak- anak saya memang allergic dengan bulu- bulu carpet. Saya prefer lantai hotel togel saja haha. Tapi agak sukar sebab kebanyakan hotel terutama yang 4-5 bintang mesti ada carpet kan. Walaupun anak- anak takde lah jatuh sakit, tapi memang bersin memanjang. Lepas check out je mesti hidung dah berair belaka. Antara solution yang kami buat ialah, bawak portable air purifier dan pasang dalam bilik. Ada improvement, tapi taklah 100%. Masih bersin- bersin. Masa- macam macam ni la saya akan kasi supplement macam Vitamin C dan Omega Guard, dose tambahan kalau perlu.


2- Saya prefer bilik yang ada 2 super single bed atau queen size plus single bed (amboi)
Masa anak- anak masih kecil, mereka tak kisah sangat nak tido dengan siapa. Lately banyak pulak songeh, kejap nak tido dengan Mama, ada masa lain nak dengan Ayah. Kadang- kadang adik nak tido dengan Kakak. Jadi nak selamat, dan supaya tak hassle nak add on extra bed, pilih bilik yang ada 2 super single bed. Lebih selesa. Kalau 2-3 malam tido senget, sakit badan haha!



3- Saya prefer bilik dan ruang tamu berasingan 
Memang harga lebih mahal, tapi untuk bermalam lebih daripada 1 malam, saya sangat perlukan bilik yang begini. Serabut lahai anak- anak melompat, bermain, bergaduh DALAM SATU RUANG hahaha! Biasanya kalau ada living room, diaorang akan main atas katil saja, kami akan lepak di luar menonton tv. Kadang- kadang saya perlu jumpa business partner, yang juga anak anak- anak. Jadi tak mengganggu kalau ada discussion.



4- Saya prefer room service with children menu
Serius, kadang- kadang bila dah travel jauh, hari pertama memang malas nak explore the area. Tambah pulak kadang- kadang hotel memang jauh dari bandar. Jadi nak senang keje, room service saja. Kadang-kadang memang banyak pilihan yang anak- anak boleh makan. Kadang- kadang room service pun takde. Nak lagi best ada children menu, senang hati semua orang.


5- Saya prefer yang ada swimming pool dan play area
Kadang- kadang bila 2-3 hari terperap memang anak- anak jadi "nakal" daripada biasa. Dan paling best bila dah penat berkubang di swimming pool, mereka akan lapar, makan pun banyak, tido pun cepat. Nyaman....

Alhamdulillah, sejak 2 tahun ni kami ada rezeki lebih, dah boleh pilih hotel mana yang kami suka, dan sudah tentu kami masih kena berbajet. Taklah sesuka hati juga, tapi jauh lebih selesa memilih berbanding dulu. Syukur Alhamdulillah.

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah.

3 comments:

anys nadhilah said...

saya suka hotel yang bersih dan kemas! ni first impression :D

aliyahaznin said...

itu sudah semestinya, paling kena menawan bab lobby la kan :))

Nur Herdayu Jami'an said...

Best cerita dan tips boleh jadikan pengajaran dan pelajaran :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...