Thursday, October 9, 2014

Cabaran travel tanpa iPad

Assalamualaikum semua :)

Minggu lepas, kami balik kampung untuk Hari Raya Korban. Dan kali ini kami buat sesuatu di luar kebiasaan bila travel iaitu, NO iPAD! Sebenarnya saya dah malas nak charge iPad tu, dan saya geram bila tengok dua beradik ni tak buat benda lain di kampung, mengadap iPad sampai la habis bateri. Rugi la balik kampung mengadap iPad ye tak? Dan sebenarnya dah berminggu- minggu pun iPad tu tak charge. Sebenarnya iPad tu untuk saya guna buat kerja, tapi macam biasa lah, bila kita pegang, diaorang pun nak sama. Jadi semua tak payah merasa padan muka hahaha!

Jadi, malam sebelum bertolak tu, saya dah siapkan buku- buku favorite mereka, buku tulis untuk conteng dan melukis, dan satu bekas color pencil. Some food and their water bottle. Yang penting sekali, sebelum memulakan perjalanan, make sure, semua orang KENYANG. Hahaha! Saya brief Aliyah dan Adam siap- siap, saya beritahu, "Kali ini kita balik kampung tak bawak iPad ok?" Dua orang budak ni tak protest pun, "OK Mama!"

So off we went balik kampung.....

Dalam kereta, mereka takde banyak pilihan, mula membelek buku- buku. Ada antara buku tu baru dibeli, jadi lebih excited la nak tengok, ada buku dinosaur, ada buku pasal anatomi manusia. Bising jugak lah sebab dua- dua kuat bercakap. Berbanding kalau ada iPad, senyappppp je tekun tak bercakap. Sekejap- sekejap tanya Mama, ini apa, ini kenapa, blablabla! Jadinya Mama kat depan pun tak sempat nak melayan Facebook LOL! Bagus kan, semua terlibat. Lagi pulak, bila saya lambat respon je, kena sound dengan yang drive kereta cissss hahaha!

Adam with his favourite book, Elmer the Patch Elephant
Aliyah and her "diary" ehehehe

After a while, Adam dah bosan, tapi Alhamdulillah dia tak merengek. Dia baring dan berangan, kutil- kutil celah kerusi, lama- lama hanyut, tido. Setel sorang. Aliyah masih dengan doodling dan drawing, memang leka habis. By lunch time, kami sampai di Bidor, dan berhenti untuk lunch dan meeting dengan team PAF di sana. Suami saya pula pergi solat Jumaat dulu, dan join kami kemudian. Masa meeting ni lah agak penat sebab dua orang budak ni dah bosan, jadi mulalah merayap satu cafe tu, keluar masuk tengok macam- macam. Kejap gitu, kejap gini, memang tak duduk diam. Dah tu memang lah sikap budak- budak yang sihat dan ceria, tak duduk diam, ye tak? Syukurlah anak- anak sihat, pujuk diri sendiri sebab penat juga sebenarnya.

Ini buat Ayah nervous, jangan conteng kerusi yer...

Selepas meeting dekat pukul 3, kami bertolak ke Kuala Kangsar. Kali ni budak berdua ni nak tengok Tom & Jerry pulak. Ok la layan Tom & Jerry, tapi untuk elak bosan cepat, kena lah join sekali, gelak sama- sama, bagi komen gitu gini.

Rutin yang sama jugak masa kami balik ke KL. Belek buku, conteng buku, borak- borak, layan movie Frozen. Yang penting Mama kena join sekali, tak boleh diam- diam main Facebook pulak, kalau nak anak- anak tinggalkan iPad haha! Kena adil la kan? But I think the reading part kena jadikan habit bila- bila, jadi takde la terkejut anak- anak, dah la iPad takde, tiba- tiba kena baca buku.

Main pondok- pondok, memandangkan takde iPad
Bagus kan hahaha! 

All in all, it was a good experience, and we agree to do this again every time balik kampung. Ini baru 3 jam, kalau lebih lama macam mana agaknya? Sanggup ke?

1 comment:

rini.borhan said...

Kak cer try lak water doodle books tak comot sbb guna air..kita nak beli haritu tapi join giveaway dapat 1 free memang best..bolei biar ank kaler2 x comot baju lantai dinding..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...