Thursday, October 2, 2014

5 langkah awal untuk less/no sugar challenge

Assalamualaikum semua,

Termasuk hari ini dah masuk 20 hari saya memulakan cabaran less/no sugar dengan beberapa orang kawan- kawan. Saya tak pasti apa jadi dengan mereka hahaha tapi saya sendiri memang mengikut cabaran ni sejak awal lagi, dan saya sendiri yang manage Instagram Sweet Enough Life sejak cabaran ini bermula. Dan memang berbaloi rupanya, lebih banyak yang saya baca dan Google tentang gula, lebih berhati -hati saya memilih makanan dan minuman setiap hari. Memang tak rugi buat cabaran ini. Dan saya menerima pelbagai komen daripada kawan- kawan, dan ada beberapa orang mengakui mereka lebih berhati- hati untuk makan dan minum selepas membaca info di Instagram tersebut. ALHAMDULILLAH!

As of today we already have 68 followers! 

Saya nak share dengan anda semua, 5 langkah yang saya ambil untuk prepare dan juga untuk mengharungi hari- hari tanpa gula, yang sememangnya kegemaran saya :p

1- Beli dan makan banyak buah- buahan
Saya beli banyak apples, kiwi, lemon dan anggur, sepanjang lebih 2 minggu ini. Saya akan makan bila- bila masa teringin, supaya dapat elak saya teringin dan teringat jajan atau dessert yang lain. Dan ia bantu saya makan nasi dalam kuantiti yang kurang daripada biasa.

2- Start small, hentikan air bergula saja 
Semasa saya mulakan cabaran ini, fokus saya cuma pada minuman bergula, terutamanya teh ais! Dan sudah tentunya minuman2 ice blended, atau bubble tea yang sedap itu. Jadi, saya hanya order air suam atau ais kosong saja bila makan di luar. Bila saya hanya fokus pada minuman, saya tidak begitu stress berfikir "apa saja yang saya boleh makan?". Tapi bila saya tidak minum air bergula, sayang pulak nak spoil dengan kuih muih manis yang lain. It works both ways.

3- Do a lot of reading 
Saya banyak membaca bagaimana orang lain buat cabaran tanpa gula, dan saya banyak belajar bagaimana kita boleh kawal diri dan kemaruk kita tu. Ada yang extreme sampai tak bergula langsung, ada yang guna gula tiruan, ada yang balance. Jadi gunakan info begini untuk membantu. Info- info tentang gula pun banyak yang sangat menakutkan, jadi elok baca. Lagi baca, lagi tak nak makan gula!

4- Be mindful 
Bila dah latih diri untuk elak air bergula, saya mula pandai membaca label pada makanan yang dibeli di supermarket. Kemudian saya lebih sedar tentang kandungan- kandungan gula tersembunyi dalam makanan lain terutamanya yang menjadi kegemaran saya iaitu NASI! Jadi pelan- pelan ambik half portion nasi, atau skip nasi waktu malam, ganti dengan fruits, protein shake dan oats saja.

5- Fikir jauh 
Bila buat sesuatu cabaran terutama yang berkaitan dengan kesihatan, kita kena pandai nak fikir jauh. Keluarga saya sebelah Abah dan Mak, dua- dua ada history diabetes yang serius, jadi jika saya tak ambil langkah mencegah daripada sekarang, bila lagi? Selain daripada diabetes, ada banyak lagi komplikasi kesihatan yang menakutkan jika kandungan gula tidak dikawal dalam darah, termasuklah nyanyuk, stress dan depress. Bukan itu saja, berat badan saya yang tidak langsung berubah pun pastinya akibat pengambilan gula yang tidak dijaga dengan baik. Jadi visi saya lebih jauh daripada sekadar mahu menang cabaran ini saja.

Results? Saya tak nampak apa- apa perubahan lagi, tapi ada beberapa orang kata saya nampak lebih slim berbanding bulan lepas terutama semasa di US! Saya belum focus pada results, tapi saya focus kepada keupayaan saya untuk bertahan!

Anda dah mula?

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan bisnes Shaklee,
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...