Thursday, August 28, 2014

Susah ke nak menjual produk Shaklee?

Assalamualaikum semua :)

Ramai juga berkira- kira nak join saya sebagai Shaklee Independent Distributor, tetapi dihalang oleh pendapat dan pemikiran "saya tak pandai menjual", "saya tak reti nak promo dan buat marketing". Sebenarnya saya pun sama, saya tidak ada latarbelakang sales & marketing.

Jadi, apa yang saya ada, sehingga saya boleh bina bisnes Shaklee saya, daripada seorang pengedar biasa sehingga menjadi seorang Master Coordinator? Caranya mudah saja!

Me and my bff Aishah Amin,
We use, we share and we build Shaklee! 


USE ~~ SHARE ~~ BUILD

Apa maknanya?

1- USE 
Saya belum pernah lagi berjumpa dengan pengedar atau business leader Shaklee yang bukan pengguna Shaklee. Malah CEO Shaklee Corporation, dan keluarganya juga pengguna tegar produk Shaklee. Saya bermula sebagai pengguna selepas melahirkan anak kedua saya, Adam. Seperti biasa semasa buat persiapan untuk bersalin, saya mahukan set penjagaan semasa berpantang yang terbaik, untuk saya dan untuk bayi. Mak saya pesan, ambil saja vitamin daripada klinik kesihatan, tapi saya mahu lebih daripada multivitamin. Saya mahu buat persiapan untuk menyusukan bayi juga. Jadi, simple saja, saya Google dan bertemu dengan blog Master Azlin. Daripada penulisan beliau, saya dapat tahu dia seorang yang sangat passionate tentang penyusuan bayi. Perfect! Yang menarik, selepas 2 bulan menggunakan produk Shaklee (multivitamin, kalsium, GLA Complex, Energizing Soy Protein, Alfalfa), saya kembali ke ofis untuk bekerja, dan wow! Tak sangka orang di ofis sangat teruja dengan (1) berat badan saya yang kembali seperti sebelum hamil (2) kulit yang bersih, berseri dan segar (3) susu badan yang banyak - mereka busybody juga tengok saya mengepam dan jenguk hasil dalam fridge pejabat :p

2- SHARE
Jadi, apa yang saya buat selepas semua orang teruja?? Sudah tentulah saya bagitau produk yang saya guna. Tak mungkin tiba- tiba berubah kan, selama 2 bulan bercuti, mesti ada sesuatu yang saya lakukan sehingga begitu ketara perubahan. Jadi, bila orang bertanya, saya pun SHARE tentang produk Shaklee. Kenapa saya guna, di mana saya beli, apa kesan yang saya dapat. Ketika itu ada 2 ibu di ofis yang mengepam susu, jadi mereka terus mahu mencuba. Kemudian adik saya di Abu Dhabi ketika itu sedang hamil, juga mahu mencuba set berpantang Shaklee. Saya collect order, dan saya serahkan semua kepada Master Azlin untuk proses penghantaran. Seronoknya ketika itu sebab dapat berkongsi kebaikan produk Shaklee. Tak cukup dengan borak- borak di ofis, saya beritahu pula kawan- kawan di Facebook, sebab saya tahu ramaaaaaiii perlukan kebaikan produk Shaklee ini. Rugi sangat jika mereka ketinggalan. Dan antara niat saya yang lain ialah, saya mahu ramaaaaiiii bayi- bayi dapat menyusu susu ibu mereka dengan lebih lama.

3- BUILD
Apabila Master Azlin menyarankan kepada saya untuk bina bisnes dengan produk Shaklee, saya tidak berfikir panjang, sebab kaedahnya SANGAT MUDAH! Hanya dengan berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan orang lain, saya boleh jana pendapatan. Tak pening kepala langsung nak keluar modal (saya dapat free membership sebab collect order kawan- kawan), tak pening kepala nak marketing sebab konsep sharing yang mudah. Dan apabila kita sendiri sebagai user sudah nampak kesan dan perubahan positif, memang passion untuk berkongsi maklumat tu datang dengan sendiri. Memang teruja, setiap hari saya akan update Facebook, apa yang saya guna, apa kesannya, apa bahan- bahan produk tersebut. Lagi banyak saya share info, lagi ramai orang yang teruja dan mahu membeli produk Shaklee dengan saya. Dari sinilah saya bina sikit demi sikit, dan kemudian untuk lebih fokus, saya buka blog ini, dan teruskan berkongsi maklumat, dan terus membina bisnes saya.

Susah ke?
Jadi, ketiga- tiga konsep use ~~ share ~~ build, tidak akan berhenti, samada kita seorang pengedar ataupun seorang Master Coordinator. Kenapa saya kata begitu? Kerana Shaklee sentiasa mencipta produk- produk baru untuk kesihatan yang lebih baik, dan kita sebagai pengguna tidak mahu ketinggalan untuk mencuba. Dan bila dah dapat kesan, memang naturally kita mahu bagitau orang lain kan? Sebab itu kadang- kadang ada yang sudah jadi user selama setahun, baru teruja nak berkongsi, kemudian membina bisnes pula. Jadi, it's always a win- win situation for users and business builders.

Dan pada saya, yang paling penting juga ialah kekuatan produk tersebut. Jika produk itu memang terbukti berkesan, selamat dan semulajadi, tidak susah untuk kita berkongsi kebaikannya. Shaklee melabur berjuta dollars untuk R&D dan sentiasa memberikan yang terbaik, maka ia beri kebaikan kepada pengguna dan beri kelebihan kepada business leaders untuk bersaing.

Mahu bina bisnes Shaklee seperti kami? Mulakan sebagai user, teruskan sharing dan anda boleh bina bisnes pada bila- bila masa saja.

Hubungi saya 016- 344 7727 (Puteri)

3 comments:

impian ibu yaya said...

Tq Master, sangat terkesan dengan sharing master

aliyahaznin said...

Terima kasih kerana sudi membaca :)

simaasyamimi said...

Good sharing Master. Boleh dijadikan point utk talk saya malam nanti WAHM. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...