Sunday, June 29, 2014

Kesihatan jantung di bulan puasa

Assalamualaikum dan Selamat Menyambut Ramadhan semua :)

Banyak persiapan hari raya dah bermula sejak sebelum bulan puasa lagi. Kemeriahan persiapan raya tak pernah berkurang kan, tahun demi tahun. Kadang- kadang kita plan nak simple- simple saja, tiba- tiba hujung- hujung pulun shopping segala top to toe! Hahaha predictable sangat. Alhamdulillah, jangan lupa berkongsi juga rezeki yang banyak tu yer :)

Saya teringat masa pergi ke Health Talk Shaklee di branch KL tahun lepas, nutritionist berkongsi info tentang supplement yang sesuai untuk keperluan badan yang berpuasa. Yang paling menarik pada pendapat saya ialah keperluan CoQ Health Plus dan Omega Guard, yang wajib diambil setiap hari.

Saya tak pernah alami masalah lethargic atau kepenatan melampau ketika berpuasa. Lembik sebab dahaga tu memang biasa la, terutama tahun lepas semasa menyusukan Adam dalam bulan puasa. Kalau waktu bekerja pula, lepas mengepam di ofis, memang la kering tekak. Tapi masih boleh berfungsi macam biasa. Lagi pulak, sejak amalkan Vitalea, memang kurang kepala pening selepas mengepam. Dan saya memang suka sangat dengan Performance Drink, minum semasa sahur, tidaklah badan jadi terlalu kering akibat kehilangan cecair sepanjang hari.

Berbalik kepada CoQ Health Plus ini, ianya bagus untuk beri tenaga, ibaratkan seperti spark plug untuk menggerakan tenaga ke seluruh badan. Tapi yang saya perhatikan, sebenarnya priority kita sekarang ni ialah untuk menjaga kesihatan jantung, dan CoQ Health Plus adalah pilihan terbaik untuk tujuan tersebut. Ia menguatkan otot jantung, membantu darah dipam dengan baik ke seluruh tubuh, lalu mengelakkan keletihan melampau.

Dan lihat pula gaya hidup kita sepanjang Ramadhan, mana yang sesekali bersenam, haruslah langsung berhenti. Mana yang memang tak bersenam, lepas berbuka, terlentang kekenyangan :p . Itu belum tengok lagi juadah berbuka kita. Tengok je la juadah pasar Ramadhan cukup ler nak tau sihat ke tidak. Sebab tu lah saya telah mula konsisten dengan Omega Guard sejak 2 minggu lepas, nak belajar buat rutin, kena start sebelum bulan puasa lagi. Saya ambil Omega Guard selepas dinner, nak bantu badan, meningkatkan kolestrol baik (HDL), supaya dapat menyingkirkan kolestrol jahat (LDL). Sejak dulu Omega Guard ni popular sebagai supplement untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan berlebihan, kurang boroi dan lain- lain. Tapi bagi saya, kesihatan salur darah tu yang buat saya tak mahu lagi meninggalkan Omega Guard sebagai rutin selepas makan.

Dan bulan lepas, paling best bila Shaklee mempekenalkan produk baru iaitu Phytocol-ST, khas untuk halang kolestrol daripada makanan masuk ke dalam salur darah. Nah, cantik sangat lah, lepas je minum dan makan kurma semasa berbuka, boleh telan Phytocol-ST sebelum menikmati hidangan lain. Tapi hari ini saya bersahur di rumah Mak di kampung, fuh bersahur pun lumayan hahaha! Ayam masak rendang ok, berlemak berminyak, sedap gila! Jadi saya telah Phytocol-ST juga subuh tadi hahaha! Janji kita ada usaha mencegah kan?


Kalau ESP, Meal Shakes & Performance Drink bagus untuk tenaga semasa berpuasa, CoQ Health Plus, Omega Guard & Phytocol-ST boleh membantu kita mengelakkan penyakit akibat "pesta makanan" sepanjang bulan puasa dan sepanjang musim raya nanti.

Untuk pembelian, sila klik SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...