Monday, May 19, 2014

Bisnes Shaklee bersama PAF, apa yang kami tawarkan?

Assalamualaikum semua!

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua, tentang bagaimana cara kami dalam group PAF membantu antara satu sama lain bagi mengembangkan lagi bisnes Shaklee kami. Saya cuba terangkan dalam bentuk yang paling simple di dalam isi penting di bawah:

1- Pendaftaran secara online
Apabila anda mendaftar dengan mana- mana leader atau distributor pilihan anda, mereka boleh dengan mudah mendaftarkan anda secara online. Anda cuma perlu beri nama penuh, nombor IC, alamat surat menyurat dan nombor akaun yang aktif. Anda cuma perlu membayar RM65 sebagai yuran dan RM10 sebagai kos pengiriman "member kit" oleh Shaklee kepada anda. Selepas didaftarkan, anda akan dapat SMS mengandungi ID dan juga password untuk anda log in ke dalam sistem di www.shaklee2u.com.my. Sangat mudah! Jika anda mahu keahlian percuma, anda boleh beli produk mencukupi 200uv (points), prosesnya juga sama, anda akan didaftarkan dan dapat ID etc.

2-  Penyertaan ke dalam secret group FB
Untuk semua ahli yang berdaftar bersama- sama PAF, kami menyediakan support di group FB yang dikelolakan oleh saya sendiri. Di dalam group ini, terdapat pelbagai tips, motivasi, teknik, info tentang produk, aktiviti dan macam- macam lagi. Di sinilah kami berkongsi maklumat dan bertukar pendapat. Saya sendiri akan memastikan group FB ini aktif SETIAP HARI dengan pelbagai pengisian berguna. Saya telah mewujudkan group ini sejak 2 tahun yang lepas, jadi anda boleh bayangkan betapa saratnya group tersebut dengan info. Selain saya, leader- leader saya juga mempunyai secret group mereka sendiri, bagi membolehkan mereka mengasah bakat sebagai leader yang baik. Setakat ini lebih 800 orang menyertai secret group ini. Walau bagaimanapun ahli biasa (yang tidak berbisnes) boleh memilih untuk menyertainya ataupun tidak.

3- Penyertaan ke dalam WhatsApp group
Bagi ahli yang mahukan lebih bimbingan, saya dan leader- leader saya juga menyedikan group WhatsApp bagi memudahkan kami bertukar maklumat untuk membantu konsultasi kepada pelanggan, berkongsi tips bisnes, motivasi dan sebagainya. Kami juga menjadualkan group coaching bagi memantapkan lagi pemahaman terhadap topik- topik spesifik, samada dengan inisiatif leader ataupun di atas permintaan ahli kumpulan. Saya sendiri mengendalikan 4 kumpulan WhatsApp terdiri  daripada leaders, beginners dan key leaders.

4- Start Bright Series - kelas bulanan
Setiap bulan, kami menganjurkan kelas asas untuk semua ahli PAF. Kelas secara berskala ini bermula tahun lepas, dan kami telahpun menganjurkan 11 buah kelas termasuk tour di Penang, Johor Bahru dan Ipoh. Kelas bulanan kami terbuka kepada 20-30 orang pada satu masa dan merangkumi pelbagai topik, bagi membantu ahli PAF memulakan bisnes mereka dengan baik dan jelas. Kami juga menjemput sidelines dari pelbagai group dan rank bagi berkongsi idea dan pengalaman untuk dipelajari bersama.

5- Group & personal coaching
Setiap minggu saya menawarkan group atau personal coaching di sekitar K.Lumpur bagi membolehkan leaders terutamanya belajar dengan lebih terperinci cara- cara menguruskan bisnes dan group masing- masing. Saya suka berjumpa dengan mereka pada waktu lunch, kerana kebanyakan mereka mempunyai kerja tetap masing- masing.

Inilah sedikit sebanyak cara kami memberi sokongan kepada ahli PAF bagi membolehkan mereka sentiasa bermotivasi dan jelas dengan halatuju bisnes mereka. Sebagai seorang leader, dan seorang yang suka mengajar dan berkongsi idea, saya sangat- sangat enjoy dengan proses membina bisnes Shaklee apabila dilakukan bersama- sama dalam aktiviti- aktiviti di atas.

Jom tengok gambar pulak :)

Start Bright Series #1 di pejabat Faizland milik PM Cery 
Start Bright Series #2 (Home Office)
Start Bright Series #3 (Home Office)
Start Bright Series Tour - JB 
Start Bright Series Tour - Ipoh
Start Bright Series Tour - Penang 

Group coaching oleh Master Aznin (suami saya) 

Jadi, jika anda berminat untuk menyertai keluarga besar kami, hubungi saya 016- 344 7727 (WhatsApp), pada bila- bila masa :)


Sincerely,

Master Puteri

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...