Tuesday, December 3, 2013

Potensi anak, entah- entah kita sedang mengasuh seorang lagi JK Rowlings?

Pic: Googled
Mesti ramai anda di luar sana yang suscribe babycenter.com sejak hamil kan? Kemudian setiap minggu kita akan baca info perkembangan bayi dalam kandungan, kemudian info selepas kelahiran, bulan ke bulan, tahun ke tahun.

Saya masih lagi terima info dari babycenter, untuk kedua- dua anak, saya memang seronok baca info tentang milestones yang dihantar oleh babycenter.com. Semasa anak pertama, macam biasa la, kiasu terlebih, mesti risau bila milestone anak tak sama dalam babycenter. Bila anak kedua, lebih relax, apa-apa pun OK asalkan anak sihat dan cerdas.

Paling terkini, saya dapat info tentang perkembangan bahasa untuk kanak- kanak seusia Aliyah, 4 tahun 8 bulan. Aliyah ni bab bahasa memang advance, sejak 8 bulan sebutan dah memang jelas, dan dia cepat collect perkataan- perkataan baru. Sebenarnya, pemahaman anak- anak tentang perkataan, makna dan ayat berkembang pesat ketika usia 24 bulan dan ke atas. Pada ketika ini, memang kita kena berhati- hati dengan perkataan yang kita guna ketika berada bersama- sama mereka.

Saya perhatikan sejak Aliyah mula bersekolah (kami hantar playschool semasa dia genap 4 tahun), dia lebih fokus kepada perbezaan bahasa. Dia kerap bertanya samada perkataan tersebut adalah Malay atau English. Di rumah, kami lebih banyak menggunakan Bahasa Melayu, dan jika saya guna English, saya cuba untuk guna ayat yang lengkap dan bukan sekadar perkataan- perkataan tertentu sahaja. Sebenarnya, saya sendiri tiada idea nak bimbing anak saya dalam isu bahasa! Serba tak kena pun ada.

Di sekolah, cikgu lebih banyak guna English berbanding Bahasa Melayu, jadi Aliyah tidak ada banyak masalah untuk bina ayat dalam English dengan penuh. Bab grammar tu memang lah belum tepat lagi, tapi sudah boleh difahami, dan kadang- kadang sangat tepat! Oh, saya sebenarnya berimpian, Aliyah boleh jadi penulis hebat seperti JK Rowlings! Ini impian yang agak bertentangan dengan impian Opah, Uwan dan Atok- atok Aliyah hahaha!

Saya seorang yang gemar dan sayang pada bahasa. Pada saya, penguasaan bahasa adalah sangat penting, tak kira samada bahasa ibunda kita, ataupun English. Malah, impian saya kalau anak- anak saya boleh kuasai bahasa Arab, Mandarin dan lain- lain lagi, alangkah bagusnya. Ramai orang sekarang ni, tidak begitu hebat bahasa mereka, samada bahasa ibunda, apatah lagi bahasa asing. Rojak belaka! Saya fikir ini salah satu sebab jiwa masyarakat sekarang semakin kosong, mereka tidak lagi melihat bahasa sebagai sesuatu yang penting, apatah lagi mahu memahaminya dengan lebih dalam.
-----------------------------------------
Sedikit tentang Shaklee pula, bulan ni promo Omega Guard, jadi ramai lah parents yang suka sangat sebab semua orang tahu kebaikan dha & epa dalam fish oil, sangat penting untuk tumbersaran otak anak- anak. Anak- anak saya memang ambil Omega Guard hampir setiap hari, dan saya tak ada masalah sangat nak bagi mereka makan Omega Guard, dua- dua boleh kunyah & telan saja! Errrk...saya tengok pulak rasa geleman haha!

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...