Assalamualaikum!
Dah masuk hari ke -10 umat Islam berpuasa, Alhamdulillah kami sekeluarga sihat & ceria (yang tak puasa 2 orang budak tu memang ceria sangat la).
Kami sekeluarga bersahur dan berbuka ringkas je hari ni. Saya macam biasa minum shake ESP + Meal Shakes dengan fresh milk & Milo. Ringkas & kenyang. Saya sebenarnya takde masalah nak makan nasi dan lauk subuh hari, cuma saya tak suka rasa pedih perut bila menjelang waktu pagi. Maklumlah lauk pun banyak yang greasy saja. Jadi ada baiknya saya stop menyakitkan perut sendiri dan minum je shake ni.
Setiap hari saya bangun awal jugak, dalam pukul 4- 4.30 pagi. Mengemas apa yang patut dan bersahur. Saya jarang tidur semula sebab ia buat badan jadi lemau dan lesu. Selepas solat Subuh, bersedia pulak nak kejutkan Aliyah mandi dan bersiap ke sekolah.
Selepas hantar dia ke sekolah dan Adam ke rumah pengasuh, rutin saya bermula di pejabat pos jika ada order untuk dihantar kepada customer. Kemudian saya akan ke branch Shaklee di Wangsa Maju, kadang- kadang untuk coaching anak buah, ataupun beli stok. Yang seronoknya sekarang ni saya ada ruang dan masa untuk rehat sebelum jam 1pm. Masa ni kalau tidur aduiiii memang terbaek haha!
Saya dah jarang beli makanan di pasar Ramadhan. Saya suka masak fresh di rumah, sejenis je lauk & sayur, setel. Mujur saya tak suka dessert, jadi takde isu rambang mata pegi pasar Ramadhan.
Puasa kali ni saya tak lagi breastfeed anak, jadi takde isu longlai dahaga. Tahun lepas pun tak longlai sebab saya jaga diet dan ikut pengambilan air yang sesuai. Alhamdulillah. Mujur ada set Mighty 3 Gems Shaklee. Sangat membantu ibu yang breastfeed untuk berpuasa dan bertenaga.
No comments:
Post a Comment