Salam pagi Rabu :)
Seperti yang dijanjikan dalam business plan shaklee, individu yang bermula sebagai pengedar sah shaklee, layak menerima 3 perkara; iaitu Cash, Car, Convention, Sekiranya dia berusaha dan faham bagaimana bisnes ini dijalankan. Sepertimana yang anda semua tahu, Shaklee adalah perniagaan berbentuk MLM, yang mana business plan MLM adalah "easily duplicable" dan merupakan salah satu pilihan popular untuk menikmati "financial freedom" yang diidamkan oleh ramai orang.
Saya sendiri tidak begitu faham dengan konsep "financial freedom" dan tidak percaya saya boleh melakukannya. Sehinggalah saya berkeluarga dan pandangan saya tentang kerjaya semasa itu berubah hampir 100%. apabila saya mempunyai anak- anak, saya sering berfikir tentang apa yang akan berlaku 10- 20 tahun lagi. Semasa anak saya sudah layak ke kolej/ universiti, di manakah saya berada sebagai seorang wanita bekerjaya? Berapa banyak income saya dan suami ketika itu? Apa perancangan persaraan kami, kerana kami berdua bukan kakitangan kerajaan berpencen. Semua itu sukar saya jawab dengan keadaan kerjaya saya sekarang. Saya bekerja di sebuah NGO biasa, yang tidak saya nampak mana arah boleh saya tuju untuk meningkat maju samada dari segi pangkat mahupun pendapatan. Dan saya tidak mahu bertukar ke bidang korporat pula, yang mungkin boleh menjanjikan wang yang lebih, pangkat yang tinggi, namun tiada jaminan keseronokan dan kepuasan bekerja.
Tahun pertama saya dengan bisnes Shaklee, saya masih tercari- cari rentak sebenar bisnes ini. Saya tahu ianya boleh memberi jaminan kewangan setiap bulan jika saya berusaha, tapi bagaimana pula peluang bersara dengan selesa, tidak terikat dengan waktu bekerja setiap hari dan punya lebih masa dengan keluarga? Saya terus mengali maklumat dan semakin rapat dengan mentor- mentor saya, Alin & Cery. Saya tanya banyak perkara, bagaiman mereka melakukannya, apa kesilapan awal mereka, dan bagaimana saya boleh jadi lebih baik dari mereka? Alhamdulillah, mereka adalah mentor yang sangat pemurah ilmu, masa dan komitmen. Saya adakalanya malu dengan komitmen saya sendiri berbanding komitmen mereka.
Bermula pertengahan tahun lepas, saya meletakkan "benchmark" kepada pendapatan sampingan saya bersama Shaklee. Saya mahu bonus yang sama jumlahnya dengan gaji bulanan saya. Kemudian saya mahu ianya dua kali ganda pula. Alhamdulillah, apabila saya berjaya mendapatkannya, baru saya sedar, saya menghampiri apa yang dikatakan sebagai "financial freedom". Ketika jumlah bonus Shaklee berjumlah sama dengan gaji bulanan saya, saya ambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Saya kini bebas untuk memilih, samada saya pergi ke ofis setiap hari (dan tidak gembira) atau saya tumpukan perhatian kepada bisnes Shaklee saya (yang buat saya sangat gembira setiap hari). Inilah kebebasan memilih yang saya kecapi. Ianya sangat "empowering"!
Semakin lama semakin jelas, dan saya lebih gembira bila saya dapat berkongsi maklumat ini dengan anak- anak buah saya dalam PAF (Puteri and Friends). Saya tidak mahu simpan sendiri info ini dan saya mahu lihat ramai lagi yang dapat menikmati peluang cash, car & convention ini. Bermula bulan September tahun lepas, saya mula memecut dan lebih agresif dalam mempromosi produk Shaklee dan mempromosi peluang pendapatan sampingan bersama Shaklee. Saya ambil peluang dengan penggunaan Facebook, Twitter, Instagram, blogging- semua yang ada di laman media sosial untuk membantu saya berkembang dalam bisnes ini. Terus- terang, saya juga kagum dengan pendekatan yang digunakan oleh Hanis Haizi dalam bisnes Premium Beautiful beliau. Cuma yang berbeza, saya sangat simple (dan mentor2 saya juga sangat simple) dan tidak begitu berminat dengan gaya hidup mewah & extravaganza beliau. But honestly, nevertheless, i am beyond impressed! If to find similarities between me & Hanis, that would be the ability to dream, to achieve what others thought would be impossible.
And I choose to dream the impossible :)
Till soon,
Puteri
No comments:
Post a Comment