Pic: Google |
- kemungkinan kanak- kanak mendapat asma adalah 6%, tetapi meningkat kepada 30% sekiranya salah seorang ibu atau bapa menghidap asma dan meningkat kepada 70% jika kedua- dua ibubapanya menghidap asma.
- apa yang berlaku ketika anak diserang asma ialah, saluran udara ke peparu mengecil atau tersumbat, mengakibatkan gejala seperti batuk, berdehit, pendek nafas dan sesak dada.
- antara tanda serangan awal asma termasuklah:
- Batuk: jika anak anda kerap batuk, terutama sekali pada waktu malam dan tidak menghidap penyakit yang lain, ini mungkin menandakan di akan diserang asma. jika batuk berterusan sehingga 2 minggu tanpa sebab yang nyata, besar kemungkinan dia menghidap asma.
- Sukar bernafas: jika anak anda sukar bernafas, tekap telinga ke dadanya dan dengan dengan teliti. bunyi dalam dada mungkin menandakan serangan asma. bunyi- bunyi adalah seperti wheezing (berdehit), dan bunyi nafas yang kuat dan cepat. perhatikan samada si manja bernafas dengan hidung kembang atau jika dia kerap mendehem.
- Sentiasa perhatikan jika anak anda mempunyai gejala fizikal yang lain seperti muntah, berpeluh, kulit pucat yang boleh menandakan serangan asma. dia juga mungkin mengadu rasa sesak atau tidak selesa dalam dada.
- antara pencetus asma di dalam rumah termasuklah:
- bulu binatang peliharaan, bulu burung, air kencing atau air liur binatang peliharaan
- hama, debu dalam rumah
- kulat dan spora
- tahi lipas, bangkai lipas
- asap rokok
- minyak wangi, semburan rambut, losyen wangi
- bahan pencuci, racun serangga, wap cat
- cara mencegah, secara ringkas, ibu bapa boleh:
- sentiasa pastikan rumah bersih dari habuk dan bulu binatang peliharaan, vacum permaidani dan tidar. cuci cadar dan langsir dengan kerap untuk mengelakkan hama, rendam dengan air panas sebelum dibasuh. mandikan binantang peliharaan dengan lebih kerap.
- jika cuaca dan pencemaran udara mencetuskan asma, anda mungkin perlu memastikan si manja anda bermain di dalam rumah apabila cuaca buruk atau tercemar.
- jangan benarkan sesiapa pun merokok di dalam rumah! dan elak tempat yang penuh dengan asap rokok di luar rumah!
dengan penjagaan dan pengurusan yang betul, anak yang menghidap asma dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan baik sama seperti anak- anak lain. doktor percaya, apabila merak semakin besar, ada kanak- kanak yang sembuh sepenuhnya, kerana saluran udara juga semakin besar dan memudahkan lagi udara keluar dan masuk.
No comments:
Post a Comment