Friday, June 1, 2012

apa ada dengan vitamin E?

salam jumaat semua..saya bercuti lagi hari ini, sepanjang hari ada beberapa sesi "bergaduh" dengan anak sulung saya yang makin pandai dan bijak itu. sekarang dua beradik tu dah tidur, kerana penat bermain. mari kita baca tentang vitamin E, sempena promosi hebat Vita- E Complex Shaklee June ini.

ramai yang lebih familiar dengan vitamin E kerana kesan yang sangat baik pada kulit terutama masalah kulit berparut. sebenarnya vitamin E lebih daripada sekadar bantu hilangkan parut.

vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang boleh diperolehi daripada pelbagai makanan, lemak dan minyak. ianya juga merupakan anti-oksida bermaksud ia membantu mencegah kerosakan pada sel badan kita. anti oksida penting bagi melindungi badan kita penyakit berbahaya seperti cancer dan sakit jantung. kekurangan vitamin E pula boleh membawa kepada masalah lemah otot, masalah penglihatan dan masalah pergerakan seperti berjalan.

vitamin E yang larut lemak ini di simpan dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. 60- 70% daripada vitamin E yang diambil setiap hari akan disingkirkan daripada badan, dan ianya tidak menjadi toksik dalam badan. vitamin E yang lengkap mengandungi 8 komponen dalam 2 kelas utama (topocherols dan tocotrinols).

antara khasiat vitamin E ialah:

(1) membantu melambatkan penuaan sel badan
(2) melindungi paru- paru daripada pencemaran
(3) menyembuhkan parut luka
(4) membantu mencegah penyakit katarak
(5) mencegah kekejangan otot (terutama di kalangan atlit)
(6) menggalakan kesihatan rambut dan kulit
(7) mencegah anemia
(8) mengurangkan risiko alzheimer
(9) membantu merendahkan kadar kolestrol
(10) meningkatkan pengeluaran air mani bagi sesetengah lelaki
(11) mengurangkan rasa tidak selesa di kalangan wanita ketika seks (kesan menyusukan anak, pengambilan pil hormon atau melalui fasa menopos)

http://3ddemocracy.wordpress.com/2012/03/19/check-here-how-healthy-is-your-diet-and-nutrients-sources/

berdasarkan pembacaan ringkas saya berkaitan vitamin E, ianya lebih kepada usaha mencegah dan bukan merawat penyakit serius seperti sakit jantung dan kanser. dan yang paling penting, vitamin anti oksida seperti vitamin E amat baik jika diambil bersama- sama vitamin C serta selenium, bagi kesan terbaik terutama bagi memperbaiki sel kulit yang rosak akibat jerawat.

Vita- E Complex Shaklee adalah pilihan terbaik kerana ianya semulajadi dan selamat serta terbukti berkesan. 

Sumber: University of Maryland Medical Center & Alin's Blog

HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

 *produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...