|  | 
| Pic: Google | 
aktiviti mengurut bayi ni walaupun nampak lebih kurang sama dengan
aktiviti kita bermesra dengan anak-anak, tapi dengan cara yang betul, ianya
beri banyak kelebihan kepada bayi dan juga pada kita sebagai ibubapa. jom saya
share point2 penting dalam artikel tu:
1- urutan meningkatkan berat badan bayi pra-matang
- urutan pada bayi sangat-
     sangat bagus untuk bayi pra-matang. dengan memberi urutan yang sesuai,
     berat badan bayi pra- matang dapat ditingkatkan dengan efektif
     sekali. 
- apabila bayi pra- matang
     diurut, ianya berupaya mengurangkan stress yang dialami oleh bayi. bukti
     stress berkurangan ini dapat dilihat dalam kadar hormone cortisol dalam
     badan bayi. hormon cortisol ni adalah hormon semulajadi yang dikeluarkan
     oleh badan apabila dalam keadaan stress.
2- urutan melegakan bayi yang colic
- walaupun tidak dapat
     menyelesaikan masalah colic secara total, urutan yang sesuai dapat
     menyingkatkan masa bayi mengalami colic. 
- bayi yang kerap diurut akan
     jadi lebih tenang, kurang meragam dan dapat tidur dengan lebih nyenyak. 
3- urutan boleh
mententeramkan bayi
- bayi yang berada di hospital
     terutamanya yang terpaksa tinggal lama seperti bayi pra- matang, akan
     mudah berasa takut kerana terpaksa melalui pelbagai prosedur perubatan.
     urutan didapati dapat mententeramkan mereka sekaligus memudahkan fokus
     doktor dan jururawat kepada kesihatan bayi tersebut. 
apa pula kebaikan untuk ibubapa? ibubapa yang rajin luangkan masa untuk buat urutan pada bayi juga
sebenarnya dapat melegakan stress dalam diri mereka. so, bila anak tenang, parents tak stress, keluarga bahagia la!
|  | 
| Adam: Infant massage?? Ok jugak tu! | 
anyway, saya pernah urut anak2 pun masa dalam pantang je. bila dah besar, dah start menggelupur masa nak tukar diaper atau lepas mandi, forget it la nak urut2. macam ribut ok! adam pulak sekarang ni, asal nak pakai diaper je dia sibuk nak meniarap, menendang dll. yang sempat diurut ialah dadaku sendiri, istighfar bebanyak! 
 
 

No comments:
Post a Comment