Wednesday, March 28, 2012

jadi positif, kawan dengan orang yang positif

simple ke? nak cari kawan positif?

bila kita ada masalah, biasanya kita cari kawan. untuk mengadu. tapi perasan tak, ada masanya bila mengadu, kita rasa masalah jadi makin besar pulak! hehehe..itulah maknanya kita dah salah orang nak mengadu masalah. benda ni saya rasa kita kena kenalpasti la. nak cerita masalah ke tidak, nak cerita dengan sapa. kadang- kadang saya rela simpan je sorang2 daripada share dengan kawan- kawan, sebab karang lagi stress dengan "cadangan-cadangan" mereka. apatah lagi yang tak beri pun cadangan, kasi panas je. hihihi.

anyway, dalam entry saya yang lepas, cerita pasal macam mana saya start buat bisnes shaklee ni kan. saya ada sorang kawan/sahabat/opismate/lrtmate yang sama- sama tiba- tiba bersemangat nak cari distraction daripada masalah2 di opis. daripada sekadar nak cari distraction, kami jadi seronok pulak bila bisnes menjadi, alhamdulillah.

satu benda yang kami selalu buat ialah (selain makan) memberi semangat dan tips kepada satu sama lain. tips bukan canggih2 mana pun. yang lebih penting, bila sorang down ke ilang mood ke rasa nak pukul orang ke, yang sorang lagi kena buat lawak atau kasi cool. itu je.

secara peribadi kawan saya ni lebih berbakat bab meyakinkan orang untuk dapat sale, berbanding saya. saya ni dinding malu (nak approach orang) tu sangat tebal. kawan saya ni, siap fotokopi flyers shaklee saya, dia bawak pegi mana tah untuk distribute hahaha! semangat ok.

dalam berkawan ni, perkara yang baik kena tiru. saya tiru cara dia yang tak malu bukak mulut cakap pasal bisnes. dia tiru saya buat blog hehehe..so jom terjah blog dia:

1 comment:

toughcookie said...

wahhh! hebat cik siti kita tu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...