sebelum cerita panjang, kita kena tau dulu apa itu asid lemak omega-3.
ia adalah asid lemak polyunsaturared yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, sebaliknya perlu diambil daripada sumber makanan. ianya merupakan nutrient penting utk kesihatan dan kecergasan tubuh badan kita. sumber makanan yang mengandungi asid lemak ialah ikan seperti sardines, salmon, tuna, hering, ikan bilis. asid lemak daripada ikan dikenali sebagai omega-3. 2 jenis omega-3 yang penting ialah DHA dan EPA. kedua2 asid ini saling membantu antara satu sama lain, dan pada masa yang sama mempunyai kepentingan yang berbeza.
- DHA- menyokong mata, otak, sistem otak (sebab tu sangat penting kepada ibu hamil dan bayi dikandung)
- EPA- menyokong jantung, sistem immune badan dan inflammatory response
mengapa omega-3 penting?
pengambilan omega- 3 yang cukup sangat penting untuk menghasilkan sejenis hormon dalam badan yang dikenali sebagai prostagladins. fungsi prostagladins termasuklah:
- mengawal tekanan darah
- mengawal pembekuan darah
- mengawal inflammotary
- mengawal respon kepada allergies
- mengawal fungsi buah pinggang
- mengawal salur gastrointestinal
- mengawal penghasilan hormon2 lain
banyak kan fungsi hormon prostagladins ni!
dan omega-3 ni menjadi lebih penting kepada ibu hamil kerana ianya perlu dalam pembentukan dan perkembangan awal otak janin dan deria penglihatan. jadi semasa hamil, bayi di dalam dah ambil saki baki omega- 3 yang ada dalam badan ibu untuk perkembangan otak dan deria. jika tidak ditambah pengambilan omega-3, lama kelamaan ibu tadi tidak ada langsung bekalan omega-3 (apatah lagi jika ibu kerap hamil!). berikut adalah senarai kepentingan omega-3 kepada ibu hamil dan bayi yang dikandung:
- penting untuk perkembangan awal otak bayi (otak adalah antara organ terawal dibentuk)
- penting untuk perkembangan awal deria lihat bayi
- mengurangkan risiko allergies kepada bayi
- mengurangkan risiko keguguran atau kelahiran pra-matang
- mengurangkan risiko meroyan selepas bersalin (ibu yang meroyan, bukan abahnya
minyak ikan adalah lebih selamat diambil oleh ibu hamil bagi mendapatkan bekalan omega-3, berbanding dengan memakan ikan segar kerana kandungan mercury dan kandungan toksin yang terdapat dalam ikan. pengeluar minyak ikan yang berkualiti tinggi akan menggunakan teknologi canggih untuk memilih ikan yang berkualiti tinggi dan proses penyaringan dan penyulingan yang teliti, supaya dapat menghasilkan minyak ikan yang paling baik.
sumber: American Pregnancy
sumber: American Pregnancy
No comments:
Post a Comment