- kesan parut makin cerah, makin hilang
- warna kulit makin sekata
- jerawat segan- segan nak keluar
- kulit nampak fresh, muda (ini saya perasan la kot, tapi bangun pagi, rasa ceria je tengok muka moist dan segar)
set yang dicadangkan untuk masalah kulit berjerawat/kusam whatnot ialah:
- B- complex,
- Vitamin C &
- Vitamin E atau GLA complex
saya hanya makan sebotol baru GLA complex ni, sebab masa dalam pantang, jerawat menyerang. rupanya alfalfa buat kulit saya sangat panas (kerana tak minum air dengan cukup). lepas tambah minum air, makan GLA sebotol, masalah selesai. alhamdulillah.
tapi syaratnya kena konsisten. sel ambik masa 30- 90 hari untuk dibaiki dan diperbaharui. selepas 4-5 bulan pun saya baru notice yang kulit saya bertambah baik. mula- mula takla perasan sebab tujuan utama nya nak maintain breastfeeding je kan. ni kira bonus lah ni. sejak tu, minum ESP pun rasa lagi enjoy hikhikhik!
saya dah minum ESP ni selama 6 bulan lebih.
these statements have not been evaluated by the food and drugs administrations. these products are not intended to cure, diagnose or prevent any diseases. please consult with your healthcare provider before taking any dietary supplements.
-------------------------------------------------------------------------------------
kesah ni untuk hiburan je la. kalau tanak baca pun takpe hehe. amaran: kesah ni panjang berjela. nasib la kalau tertido masa membaca.
parut jerawat? nak hilangkan macam mana? dengan foundation 5 inci? atau photoshop? hehehe...mana-mana kengkawan, sedara mara yang kenal saya, mesti tau lah cabaran muka berjerawat yang saya hadapi. yang geram tu, masa sekolah menengah, elok je licin, dah masuk universiti (time nak cari bakal boipren whatnot) tu lah meletop- letop jerawatku. late bloomer lah katakan. slow sket bab itu. masa jadi student, mana la ada duit kan, tenyeh je la apa yang mampu. bedak sejuk la yang paling mampu pun *sadis*
nak jadi cerita, ada satu opismate ni (lelaki) jual produk kecantikan ok. brand natasya. dia ni duduk depan meja saya. sekali sekala, dia bangun, buat aksi facial (gosok2 tapak tangan kat pipi), pastu tanya "amacam puteri, nak cuba?" masa tu memang panas je muka, tapi sekarang ni bila ingat memang rasa macam eeeeeee lawak nyerrrr! hahaha! yang lagi panas tu, si jamal ni muka nya licin ok, glowing summore! guna natasya ler teww..dalam diam, saya pegi gak beli natasya tu ok. hahahaha!! tp kejap je pakai sebab masa tu kecoh pasal produk yang kasi muka putih tapi beracun tu. takot.
dah tu, satu hari kawan ajak cuba CN*I. dia datang rumah, buat facial. urut punya urut, nah kau berketul2 keluar. mengamuk kulitku. tapi saya tak panic, sebab DAH BIASA kihkihkih. saya decided nak pegi facial kt CN*I untuk memperbaiki keadaan. tiap2 bulan la pegi, habis dalam RM150 lebih kurang tiap kali pegi. dan continue pakai produk yang sama. memang ada perbezaan, sebab facial tak miss. tapi masalahnya, gaji masa tu ciput, tak miss facial, takut miss soru pulops. lepas dalam 4 bulan kot, saya stop, tak mampu nak membayor.
ok, dah la tu, mari lah kita fast forward je sampai saya dah kawen kihkihkih. before wedding, kulit agak terkawal la, sesekali pegi facial, tapi bukan selalu. lepas bersalin aliyah, memang jerawat kurang sangat. hormon dah stabil kot. buttttttt kulit kusam dan berparut tu memang maintain ok. kalau tak maintain, kawan2 tak kenal pulak ahahaha! sehinggalah adam lahir, saya konsisten dengan vitamin2 dan energizing soy protein.
No comments:
Post a Comment