Saturday, February 11, 2012

ceramah dari yayasan pembangunan ekonomi islam malaysia (YaPEIM)

setiap jumaat, di opis saya ada session berkongsi macam- macam maklumat dan pengetahuan. ada macam- macam topic dan macam- macam orang persendirian atau dari organisasi lain dijemput untuk beri ceramah ringkas bersama- sama kami. semalam, kami berkesempatan dengar ceramah ringkas daripada yayasan pembangunan ekonomu malaysia (YaPIEM). saya fikir, saya patut kongsi di sini info penting yang saya dapat dari ceramah yang juga diringkaskan dalam flyer yang diberi berkaitan kelebihan bersedekah/ sadaqah

1- sadaqah mengundang rezeki 
"bandingan (pahala) orang2 yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah spt sebiji benih yang tumbuh tujuh tangkai dan pada setiap tangkai itu pula terdapat 100 biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas Kurnianya lagi Maha Mengetahui" Al- Baqarah 2:261

2- saqadah menolak bala
sabda Rasullullah saw "bersegeralah bersedekah sebab bala tidak pernah mendahului sedekah"

3- sadaqah menyembuhkan penyakit
Rasullullah saw bersabda "ubatilah penyakitmu dengan bersedekah"

4- sadaqah memanjangkan usia
Rasullullah saw bersabda "perbanyakkanlah sedekah sebab sedekah boleh memanjangkan umur"


"apabila matinya seseorang anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya" hadith riwayat muslim


semoga kita mendapat manfaat daripada info ini :) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...