Sunday, February 19, 2012

10 superfood untuk anak- anak

salah satu rasa bersalah saya (all the time haha) pada aliyah ialah ketidaksempatan saya untuk memasak ALL homemade or ALL natural food untuk dia. untuk adam ok lagi, sebab dia minum susu ibu sepenuhnya dan makan homemade pureed food.

tapi satu amalan saya yang saya boleh bangga dan rajin share ialah untuk pureed food masa dia kecil, saya biasa masukkan kurma dalam semua jenis bubur. bau pun wangi, rasa pun sedap natural manisnya. sampai sekarang aliyah suka snacking dengan buah kurma. alhamdulillah. mungkin sebab tu juga sejak kecik dia ni takde masalah sembelit pasal hari- hari ada serat dari kurma yang masuk dalam sistem penghadaman. tapi sejak akhir2 ni rajin jugak berak keras pasal sukaaaa sangat MILO! tiap kali pasrah meneran, angguk kepala janji "aliyah tanak milo, berak keras..hmm..ok..pomisss" iyelah tu...kalau tak bagi minum milo, drama pulak. letih!

saya berusaha juga nak masak macam- macam (dengan skill dan idea yang terbatas) tapi aliyah ni picky eater, buat kita rasa frust berpeluh2 kat dapur, anak makan sesuap! rasa nak merajuk gantung periuk forever. butttttt she eats so many things at the babysitter! nasi dengan kari ikan pun bedal hahaha! salah satu sebab ialah kat situ ada kawan, anak pengasuh umur setahun 9 bulan tu suka makan, aliyah pun copy la. bagus! and since duduk dengan pengasuh ni, dia dah pandai makan nasi (walaupun sikit). alhamdulillah. pandai bawak diri ek haha!

mesti ramai jugak yang macam saya kan? dah la tak berapa suka/ enjoy masak, anak lak picky eater. perfect combo untuk gantung periuk! jangan risau yer, jom baca senarai 10 makanan terbaik untuk anak- anak yang kita boleh bagi untuk melengkapi keperluan nutrient seharian mereka. senang je, dan saya pasti budak- budak pun suka boleh makan hari- hari! panjang pulak introduction hahaha!



tapi sebelum tu, apa yang dimaksudkan dengan super food tu ye?


  • super food tidak diproses, di- refined atau di-preserved daripada sumber asal. 
  • super food tidak diubah dari sumber asal atau sangat sikit perbezaan dari sumber asal
  • super food penuh dengan khasiat seperti lemak, vitamin, mineral, lean protein dan mineral.
jadi super food adalah sangat penting untuk perkembangan minda dan sistem imunisasi yang kuat di samping mengekalkan berat badan ideal kanak- kanak.

1- whole grain bread
roti whole grain ni apabila dimakan akan dipecahkan menjadi glucose (untuk dijadikan tenaga). bezanya dengan roti putih atau yang roti refined ialah, glucose level nya akan melompat- lompat tidak diserap. anak- anak yang hari- hari makan roti putih pun tenaganya melompat2 juga lah (energy fluctuation), naik berat badan mendadak, dan senang moody (amboi!). 

tips: 
  • bila beli roti, tengok label yang tulis "100% whole wheat" atau diperbuat daripada  tepung "whole grain" 
  • jangan beli yang tulis diperbuat daripada "refined whole wheat", "enriched whole wheat" atau "wheat flour"

2- blueberries
blueberries penuh dengan anti-oksida berbanding dengan 40 jenis buah-buahan atau sayuran yang lain. beri blueberries sebagai ganti gula- gula kan lagi bagus! anti- oksida membantu meneutralkan radikal bebas yang boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti kanser dan yang berkaitan dengan penuaan. tambah blueberries dalam makanan anak- anak seperti yogurt, cereal atau dalam minuman. selain blueberries, strawberries dan raspberries juga adalah sangat berkhasiat!

3- yogurt
baru- baru ni aliyah dah suka pulak dengan yogurt. kombinasi terbaik bila dia minum milo, kasi yogurt dan air masak banyak- banyak, kurang sikit masalah meneran berak keras tu! yogurt adalah sumber terbaik kalsium dan protein untuk anak- anak. dan yogurt yang ditambah dengan baketia baik (acidophilus) membantu sistem imunisasi dan juga penghadaman anak- anak. sedap, mak pun suka!

4- sweet potatoes (ubi keledek)
saya suka sangat rebus ubi keledek buat puree, sebab baunya sangat menyelerakan! cicah gula pun sedap (defeat the purpose nak dapat khasiat bila cicah gula hahaha). so anyway, secara umumnya, sayur atau buah- buahan yang berwarna- warni, lebih tinggi khasiat dan baik untuk mempertahankan tubuh badan kita daripada penyakit (kaya dengan disease fighting elements). ubi keledek kaya dengan beta carotene, vitamin E, vitamin B6, pottasium dan iron. jom buat keledek goreng! sedapnyaaaaa...

5- natural nut butters
nut butter yang selalu kita beli penuh dengan gula dan trans fatty acid. untuk mendapatkan khasiat nut butter sebenar, guna yang hanya ada kacang dan mungkin sedikit garam saja. saya tak pasti kalau groceries store biasa ada menjual jenis ini. health food store mesti ada jual. kena survey la ye. 

6- beans/ kekacang
kekacang kaya dengan iron/ zat besi. dan memang biasa kanak- kanak kurang zat besi semasa membesar. kekacang seperti kacang merah, lentils boleh dijadikan bahan dalam sup. bab tu saya sendiri kena google recepi ler hahaha! 

7- broccoli
ada ke budak nak makan broccoli? ada, kalau kita perkenalkan dari awal, dan tastebuds dia dah biasa makan. saya perkenal pada aliyah masa makan bubur dulu, lepas tu stop. dan sekarang jangan harap la nak makan broccoli. sebab tu kena kreatif la sikit nak campur- campurkan ingredient ni kan masa memasak. google lagi! broccoli kaya dengan vitamin C dan disease fighting chemicals. 

8- omega- 3 eggs
omega-3 membekalkan pelbagai kebaikan protein dan lemak penting. ia membantu meningkatkan kesihatan kulit, allergies, fungsi otak dan mood anak- anak. again, lets educate ourselves and read labels when groceries shopping!

9- avocado
avocado membekalkan sumber lemak "baik" iaitu monounsaturated fat. selain dalam avocado, lemak jenis ini juga boleh didapati dalam minyak ikan dan kacang. ianya sangat penting dalam perkembangan tumbersaran kanak- kanak. info penting: 60% daripada otak kanak- kanak terdiri daripada lemak! (teringat pegi indonesia, sana- sini orang jual jus alpukat (avocado) tapi masyaAllah sangat tak sihat sebab campur gula dan susu pekat manis. 

10- organic chicken
ayam organic adalah bebas daripada diet yang berbahaya (semasa ayam itu masih hidup hehe) seperti antibiotic dan juga tanah yang dicemari dengan racun- racun. ayam organic biasanya mahal sedikit tapi faedah kesihatan adalah lebih mahal kan. di kuala kangsar ada kedai halalan toyyiban yang jual ayam organic. satu hari saya balik kampung, mak dengan bangga kasitau: kami dah tak makan ayam biasa, ayam organic je. AMBOI KEMAIN YE KOME! tapi memang lebih sedap dagingnya dan rasa yakin bila makan. 


see, ini adalah makanan untuk pilihan snacking terbaik. instead bawak jajan pelik- pelik masa travel, boleh letak berries, yogurt, wholegrain bread, kacang2 sebagai bekal. dan saya mesti tambah senarai ni:

11- KURMA dan KISMIS! inilah bekal aliyah kalau travel sejak kecik, macam makan nasi je nyum nyum nyum!

2 comments:

DeLinn said...

tutti frutti termasuk ke doktor dlm kategori yogurt? heheh

Puteri said...

memang ler termasuk! apa lagi borong ler! FYI aku belum lagi rasa ok tutti nuti ni..i have better yogurt, pegi cari Yoplait! sedapppppp sgggtttt..mu beli yang rasa mango. dappppp...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...