Sunday, November 27, 2011

breastfeeding, bukan senang, tapi tak susah :-)

saya tidak pernah terfikir yang perjalanan untuk menyusukan aliyah boleh menjadi begitu menarik sekali. apabila saya mengambil keputusan untuk breastfeed aliyah secara eksklusif, saya cuma fokus kepada betapa mudahnya nanti saya i.e: tak payah beli formula (mahal!), tak payah cuci botol, tak payah bawak thermos ketika outing, blablabla!


aliyah, 8 bulan. saya dapat menyusukan aliyah secara ekslusif sehingga dia berusia 15 bulan, alhamdulillah...mama pulun mengepam, masa ni belum kenal set breastfeeding shaklee hehehe... 

fokus kepada yang positif itu memang lah baik, tapi perlu ada reality check, dan bagaimana kita harus menghadapinya. antara insiden- insiden reality check yang pernah saya lalui termasuklah:

1- tak latih aliyah awal- awal guna botol. bendul sangat baca buku, katanya 2 minggu sebelum masuk kerja, barulah train baby guna botol. NOT!! aliyah mengamuk tak nak botol hari pertama saya di ofis. MIL call, minta saya balik ASAP! lepas 3 bulan baru aliyah terima 100% botol. hazab ler uwan menjaga, TQ uwan!!

2- lupa bawa satu part kecik untuk avent manual pump ke office. kalut- kalut ambik teksi, balik rumah, pam dan patah semula ke office. bengkak sakit sengal gila! tak terfikir pulak nak marmet masa tu, ilmu kurang pun sama. bila teksi langgar bump, rasa nak cekik je drebar teksi haha!

3- nursing in public- tebal ok muka, kena jugak selak sebab anak dah lapar, baby bukan reti nak tunggu kita sampai port yang strategic. selepas 2-3 kali dah pandai lah, dan pandai pilih baju yang sesuai untuk keluar outing. banyak juga baju ala kurta yang koyak bila kalut- kalut menyelak, zrapppp tetas benang ngahaha!

4- tiba- tiba saya menjadi kaunselor tak bertauliah pula. semangat membuak- buak. bila terasa dah over, saya step back dan kembali normal hihihi. bukan apa, tak semua ibu- ibu mampu untuk breastfeeding dan bekerja. jadi, lesson learnt, kena prihatin dan jangan over.

5- aha, sentiasa menguatkan otot muka untuk senyum dengan manis bila mendapat komen- komen tak relevant tentang breastfeeding. antaranya "oooo nak jimat yer, kasi susu badan" atau "londeh ler kalau susu badan lama- lama". lantak lah korang hehehe!



adam, 4 bulan, 7++ kg...kuat menyusu, babysitter pun risau takut obese hehehe..mujur mama dah ada ilmu lebih sekarang ni...

pernah sekali, rakan memberitahu yang ada ibu berpendapat, susu formula pun sudah berkualiti tinggi dan penuh dengan zat dan antibodi. saya fikir, itu pilihan masing- masing. saya lebih kiasu, saya mahu anak- anak saya lebih rapat dan ada bonding yang lebih kuat dengan saya. dan ini tidak boleh dibeli di kedai atau didapati dalam susu formula. apa-apa pun saya akan cuba sehabis baik *macam pengakap lah pulak*

4 comments:

emly2175 said...

memang lebih bagus jika setiap ibu yg nak menyusukan anak mereka dgn susu ibu secara esklusif mempunyai ilmu penyusuan yg mendalam. Hanya dengan ilmu yg tinggi dpt membantu kita dikala kita menerima segala mcm kritikan negatif dan cabaran psl kelebihan susu ibu. bukan senang nak yakin mak ayah kita atau orang lain yg masih anggap susu tepung lebih mudah & berkhasiat dr susu badan. sebenarnya bila dah ade ilmu psl susu ibu & teknik2 nak susukan bayi dgn susu ibu, lagi senang keje kita nak susukkan anak.. Ade org sibuk kata susu badannye tak cukup. Walhal perkara ini boleh diatasi jika ibu berfikiran positif & tau teknik2 nak simpan susu ebm dgn byk.. Kira boleh jadi mcm mak lembu la...

aliyahaznin said...

Yep, kena byk prepare, ilmu plg penting dan willpower :)

alinalan said...

yup.. ibu pengangkap muda
Buat sehabis baik!! apa2 bergantung kepada pilihan si ibu... + kena ada ilmu sbb dgn kita lebih bersedia nak hadapi walau apa jua rintangan, cabaran, ombak & duri...

caiyok2 sis!!

aliyahaznin said...

tq momma mia!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...