Sepanjang saya menyusukan Aliyah selama 15 bulan, pam inilah teman setia ke hulu ke hilir diusung. Paling jauh saya angkut pam ni adalah semasa outstation di Banda Aceh. Untuk persiapan melahirkan Adam, saya lebih kiasu, nak yang lebih baik, dan telah melihat betapa syoknya sahabat baik saya menggunakan pam Medela Freestyle. Lama juga saya mengidam, dan akhirnya saya nekad dan membeli seketul Medela Freestyle. Hari ini saya nak buat review sikit pasal pam Avent Manual.
Parts Avent Manual mudah dipasang (pada saya la). Ia mempunyai 6 bahagian yang perlu dipasang- star valve, handle, cushion funnel, botol, getah-bulat-dekat-handle-tatau-nama-apa dan handle. Saya boleh memasang kesemua bahagian termasuk botol dalam masa kurang dari seminit (mula2 dulu maybe lama sikit sebab asek letak part terbalik). Walaupun nampak kompleks, sebenarnya tak pun! Semudahnya memasang bateri ke dalam torchlight hehehe..
Saya suka kerana:
- Botol Avent boleh juga dijadikan storage untuk EBM. Yang saya suka ialah selepas selesai mengepam, saya boleh terus tutup botol dan simpan dalam freezer. Tak perlu transfer ke dalam botol atau plastic liner yang lain. Pantas!
- Pam Avent Manual ada massage cushion yang SANGAT COMFY!! Verrrryy comfy sebab getahnya lembut dan tidak menyakitkan kulit. Cushion ni ada petal shape yang dapat menggalakkan let down juga. Suka sangat sebab Medela FS takde secomfy itu malah buleh mencederakan kalau pakai yang jenis plastik yang keras (saya punya jenis lembut, tapi tak selembut Avent massage cushion).
- Pam ni juga ada funnel cover, yang boleh juga jadi base untuk botol. Selepas pam, kalau malas nak basuh, tutup funnel dengan cover, simpan aje dalam fridge. Next round nak pam, tak payah basuh pun, boleh sambung mengepam (sesuai untuk orang malas- macam saya).
- Pam ini sangat handy dan boleh sumbat je dalam bag (bag mak- mak kan besar talam). Kalau cooler bag besar, boleh masukkan pam ni sekali, dengan menceraikan bahagian-bahagian pam itu.
- Disebabkan pam ini adalah manual, kita boleh control samada nak pam secara berhemah, lemah lembut atau secara pukal (haha) iaitu dengan laju- laju. Kalau ada sore nipple atau terluka, pam manual lebih baik supaya tidak memudaratkan nipple dengan lebih teruk lagi.
- Masalah (kecil) pada saya dengan part Avent Manual pasal star valve kecik itu selalu hilang kerana ia adalah kecik. Pernah hampir terbolos dalam lubang sink, hilang dalam bag dll. Jangan bimbang, masalah ini boleh diatasi; selepas basuh pam, terus pasangkan valve kecik itu. Jangan cuba untuk keringkan berasingan, hilanglah jawabnya! Sekarang ni star valve dah diganti dengan valve jenis lain (tak perlu ganti pam, valve tu boleh guna untuk pam yang sama). OK MUNGKIN VALVE TU TAK BERMASALAH, SAYA YANG BERMASALAH KERANA CUAI hehehe...
- Selain itu maybe masalah kedua ialah usaha membersihkan leher (?) pam boleh menjadi sukar jika tidak menggunakan berus (botol baby) yang tirus. Memang kena bersungguh sikit untuk bersihkan bahagian tu, kalau tidak boleh berkerak dengan lebihan susu.
Harga pasaran berbeza- beza, last time saya checked harganya sekitar RM280- RM290. Sekarang ni semua pam avent ni adalah BPA free.
4 comments:
i truly enjoy reading your review on the manual pump.
saya juga sangat HEART the manual pump although i have the ISIS duo pump. sebab ia sangat mudah, boleh pam sambil nengok tv and becos i am fanatic about anything from avent *hehe*
sama la mcm saya gak.. Saya beli avent bp manual 6 tahun yg lalu iaitu sblm anak sulong saya lahir. utk anak ke dua yg baru usia 2 tahun, saya beli ameda bp. Kali ni lebih canggih sebab nak jimatkan masa & dptkan susu ebm yg byk setiap kali perah.. Lagipun saya ibu yg bekerja. Maka berguna guna BP elektrik sbb dpt jimatkan masa waktu nak perah susu.. tapi yang paling bestnye skarang, saya dah kembali balik menggunakan avent BP manual saya. Dah mula guna sejak hari ke 3 pantang hingga la kini.. Memang syok guna sbb saya boleh kawal tahap sedut perah kluar susu.. kini tak pasti nak guna avent atau ameda bila dah mula bkerja isnin depan.. Mungkin saya perlu dptkan massage funnel ameda rasanye!!
TC, i knowww u mmg gilakan avent!! but their products are really high quality, worth it!
Emly, i agree. Working moms need efficient pumps, but trust me avent can do it too..it just tht with dual pump, u can avoid leaking while pumping on the other side..since i use medela, i dun wear breastpad anymore! Hey, tq for visiting :)
Post a Comment