Monday, July 27, 2015

5 adab beraya yang Mak saya pesan

Assalamualaikum semua :)

Sekejap je masa berlalu, dah lebih seminggu kita berhari- raya. Patutnya beraya sehari je kan, 1 Syawal je kan hehehe tapi apa kisah orang Malaysia boleh melarat beraya sebulan, sampai bulan Rabiulawal pun ada lagi open house raya. Memang lain macam punya.  Dalam kita bergembira, pasti ada yang terluka....eh tu lagu raya (cuba lawak macam kat status kawan- kawan, tetiba je lagu raya). Dalam kita beraya sakan ni, jangan lupa adab sopan yang mak- mak kita ajar dan didik dulu- dulu.

Jom tengok apa 5 adab beraya yang Mak saya pesan. Mak orang lain mungkin lain pesannya kan?

(1) Jangan buka sampul duit raya depan tuan rumah 

Ini yang Mak saya paling pesan, ulang- ulang pesan. Jangan sesekali bukak sampul duit raya depan tuan rumah. Lagi pesan tambahan, lagi horror kalau bukak dan komplen pulak, singgit je?? Mak aih. Tapi jarang berlaku zaman saya kecik- kecik. Dapat 20 sen, 50 sen pun dah happy gila. Zaman kita kecik, mana ada sampul- sampul kat kampung ni. Masa salam tu dah tau dah amount hahaha so takde isu nak bukak sampul dan komplen. Bila dah ada anak- anak, saya ulang balik pesanan. Dapat je duit raya, terus simpan, atau bagi Mama simpan. So far so good, takde lagi insiden tak diingini berlaku. Both kids macam tak kisah je pasal duit raya. Dah dapat terus simpan. Takde nak belek ke apa ke.

(2) Jangan masuk rumah orang sebelum tuan rumah nampak muka 

Ni lagi satu hal. Terutama bila di kampung, rumah memang terbuka je, takde konsep pagar ke pintu kunci besar bata ke. Ada masanya tetiba je ada tetamu kat depan tengah makan hahaha! Budak- budak kan, apa kisah, masuk je. Tapi Mak pesan, tunggu la orang suruh masuk, baru la masuk. Nanti mana tau orang tengah tido ke, tengah mandi ke, tak ke haru biru.

(3) Jangan lepak lama- lama

Ini kalau kami sekeluarga beraya rumah saudara mara, memang ada timing. Zapp zapp siap, blah, next house. Bukan apa, kadang- kadang rumah sedara kita tu tak besar mana, nak muatkan 3-4 rombongan sekali datang, memang sesak tuan rumah nak handle. Jadi mudahkan kerja, jumpa, salam- salam, jamah makanan, dan bawak- bawak lah berundur, bagi ruang orang lain pulak. Kalau takde ramai orang pun, tak payah la lepak sampai ke malam hahaha!

(4) Jangan usik barang dalam rumah orang 

Ini khas untuk anak- anak la. Maklumlah budak- budak kan curious memanjang. Tapi kena jugak train, barang dalam rumah orang toksah la usik. Tambah musim raya, memang hiasan lebih sikit kat rumah- rumah ni kan. Tuan rumah memang lah kata tak apa, tapi kalau dah pecah ke rosak ke, mau tak kelat muka. Elakkan situasi awkward sebegitu jadi awal- awal pesan dan train anak- anak, tangan jangan nak merayap sana sini. Kalau zaman kami kecik dulu, selamat lah dapat "ketam" dengan Mak hahaha! Kalau tak "ketam" senyap2 di tempat kejadian, balik rumah dapat. Memang tak boleh lari ekekeke!

(5) Jangan kutip duit raya je, tapi tak jamah pun kuih raya 

Bila tuan rumah buatkan air dan susun cantik balang kuih raya, jamah jugak walaupun seketul. Tak sedap ke sedap ke belakang kira, asalkan jamah dan minum air yang disediakan. Tanda penghargaan la tu. Ada jugak bebudak memang tak usik apa, tunggu je kita kasi sampul raya. Ada lagi best, siap cakap, "kami tanak makan, nak duit raya je". Amboi haha! Kelakar pun ada, tapi kan lebih bagus kita pesan kat anak- anak. Beraya bukan pasal duit raya, tapi nak ziarah dan kenal mengenal orang lain. Give meaning lah kan, supaya tak sia- sia.

Parents kena borak dengan anak- anak, cerita tentang raya, kenapa ada raya, apa bagusnya raya dan lain- lain. Bukan sekadar baju raya, duit raya saja. Kadang- kadang kita as parents lupa, sibuk dengan urusan raya, sibuk dengan jalan- jalan atau sibuk stress dengan jem atas jalan. Kita tak ingat nak bercerita dengan anak- anak, why we do, what we do during raya. Terutamanya anak- anak bawah 5-6 tahun, apa kita pesan, mudah melekat dalam fikiran mereka. Jadi ambil kesempatan ni untuk terapkan nilai- nilai yang Mak Ayah kita ajar kita dulu- dulu. Kalau kita pun lupa, habislah...

3 comments:

Ira Arinza said...

adab baru raya tahun ni - kalau tuan rumah promote shaklee, kena beli paling kurang sebotol... baru afdhol berkunjung ke rumah sid shaklee

Puteri Yusof said...

hahaha hey hey hey tahun depan deme tak datang dah hahaha

Nabihah Arrose said...

Betul tu :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...