Hari ni genap dah my pregnancy minggu ke-31. Sangat pantas masa berlalu. Which is bagus lah, memang tak sabar dah ni haha! Now tidur pun tak lena sangat, serba tak kena sebab perut dah besar sangat. Tapi Alhamdulillah, selain dari tu semua berjalan lancar. Baby is growing at its right pace and gestational age.
So apa lagi, cerita persiapan berpantang la pulak. Sebenarnya saya dah start beli barang sikit- sikit sejak last month. Berbeza la tahap teruja nak shopping kali ni, tapi shopping tetap shopping. Never give up never surrender, slogan tetap tu hahaha!
Dan untuk set berpantang kali ni, sudah tentu meneruskan tradisi, dengan supplement Shaklee. Ini kali kedua berpantang dengan supplement Shaklee, selepas mendapat manfaat yang super awesome semasa berpantang dengan Adam, 4 tahun lepas. FYI, ni kali ketiga saya akan menjalani pembedahan Caesarian, jadi tumpuan utama selepas bersalin ialah FAST RECOVERY.
Ini 3 jenis basic supplements yang saya ambil forever and ever lah. Tak pregnant pun makan, time pregnant pun makan, lepas bersalin pun makan. Multivitamin, b- complex dan Vitamin C. Untuk selepas bersalin, saya akan add Zinc untuk menyembuhkan luka dannnnnn yang paling saya suka untuk lepas bersalin ialah GLA Complex. Satu manfaat yang saya alami semasa mengamalkan GLA Complex selepas bersalin ialah ia menyelesaikan masalah kulit hitam di leher dan ketiak semasa pregnant, akibat perubahan hormon. Aiseh ni memang masalah luaran tapi sakit mata memandang. Dan selain dari tu, sebabkan GLA Complex ni ada omega- 6 daripada tumbuhan (minyak dari bunga borage), ianya sangat bagus untuk women wellbeing terutamanya bagi menyeimbangkan hormon. Ibu- ibu lepas bersalin ni kalau tak seimbang hormon, jaga- jaga lah takut jadi post partum depression pulak. Nauzubillah.
Saya dah ada pengalaman semasa anak pertama, recovery agak lambat dan beri sedikit tekanan. Mujurlah takde ada masalah besar sangat, luka pun sembuh dengan baik. Tapi daripada segi tenaga dan pergerakan, memang agak slow lah masa bersalin anak pertama. Belum kenal supplement pun masa tu. Ingatkan dalam pantang wajib guna herba- herbi saja ahaha!
So anyway, let's check out apa benda yang saya dah beli untuk persiapan berpantang nanti.
Tadaaaaa....produk Tanamera!
Saya survey juga produk untuk selepas bersalin yang lain. Tapi lebih kepada produk luaran, untuk dapat feeeeel berpantang haha! Kalau takde bau- bau herba tak best jugak kan hehee...saya suka bau herba- herba ni, fresh! Jadi saya check website Tanamera, selepas dapat good review daripada rakan- rakan Facebook ehehe. Ramai yang guna Tanamera rupanya. Tapi saya tak beli satu set pun. Saya pilih yang berkenan saja. Termasuk Brown Formulation Body Soap ni lah. Kawan saya pesan beli dua ketul sabun tu sebab seketul pakai terus! Oh memang bestttt! Saya cuba sental leher yang hitam tu kan, ehhhh lepas seminggu nampak lebih cerah tau. Tak tipu, serius kena cuba! Walaupun tak habis hilang, tapi ada perubahan. Haiyoh tak sabar nak tengok result lepas bersalin, makan GLA Complex dan sental lagi dengan sabun ni. Memancor confirm punya ahaha!
Ladies, you can go to the Tanamera website, and start filling the shopping cart yeah!
https://www.tanamera.com.my
And kawan saya kata, ada kedai jual produk Tanamera ni dalam Giant Taman Melawati, KL. Kalau anda dekat area tu boleh survey tengok. Saya beli online je, pantas dan tuntas.
Kali ni saya tak plan nak berpilis semua kat muka, sebab saya stress dengan habuk serbuk pilis di lantai. FYI saya ni ada jadi senang stress bila rumah bersepah, berhabuk etc. Walaupun dah pandai ejas, pejam mata je kekadang, tapi still, ada benda saya elak la, contohnya serbuk- serbuk pilis time berpantang.
Last week kawan saya suggest guna produk Anugerah. Katanya pilis jenis oil, sapu saja ke dahi dan badan, untuk warm the body. Effect sama macam pilis, tapi tak bersepah. Saya belum check out lagi produk ni, so next nak cari lah satu dua yang boleh guna. Semangatttt!
Oppps bukan salah tepek gambar. Tapi ni satu keperluan penting berpantang yer puan- puan hehehe! I don't know about others, tapi semasa dalam pantang, I will wash my hair EVERY DAY. So kena ada hair dryer supaya tak kepammmm. Lepas tu rambut pulak wajib diikat (Mak pesan jangan potong pendek haha), jadi nak lagi selesa, wash, blow dry and tie it kemas- kemas. Skema ke tidak tu. Hair dryer kat rumah ni pun dah bertahun rosak dan dah buang pun. Jadi terima kasih ada point Bonus Link hahaha!
Ni sebahagian harta benda baby yang dah dibeli, tapi belum disusun. Dalam drawer ada lagi, mostly barang2 Aliyah & Adam yang boleh diguna lagi. That nice changing table saya beli daripada kawan yang nak pindah oversea. Sebelum ni takde pun pakai changing table bagai tapi rasa macam practical pulak ahaha iyolah tu. We shall see ok. Kalau rasa tak praktikal, kita bagi orang.
Oh sapa- sapa ada pengalaman guna produk Anugerah tu, boleh ler share ek :)
3 comments:
tak pernah guna tanamera oi. kena try jugak la !
haha silakan...semua kita try nooo
Product anugerah memang best .
Minyak baby dia memang sesuai utnuk bayi , anak kembung pun Alhamdullilah .
Minyak seribu rahsia tu ...
Sapu masa dalam pantang panas sedap kulit tak berminyak sangat .
buat ngurut lagi best.
Ada set berpantang, tpi tengok badan ler ...nak cakap tak pasti. Tapi bila semua dah di bacakan Surah dan sewaktu dengannya. Memang best semuanya
Post a Comment