Friday, April 24, 2015

Hilang kawan kerana bisnes MLM

Assalamualaikum semua :)

Saya pernah dapat soalan ni, 

"You SPAM Facebook kawan- kawan ke, kalau nak cari orang join bisnes ni?"

Mujurlah yang bertanya guna WhatsApp je, kalau berdepan mesti dia nampak muka saya macam dalam gambar ni hahaha! Tarik napas seround, baru saya reply dan explain. 


Tak pernah saya spam orang sejak saya mula bisnes sampailah sekarang. Macam- macam method ada kita boleh guna, tapi teknik spam ni memang lah buang masa dan paling bahaya, ia buat orang menyampah. Dalam bisnes network marketing/ MLM, kalau orang dah menyampah, tak dapat dah nak buat apa. Ini adalah bisnes yang sangat mementingkan connection dengan orang lain. jadi memang rugilah kalau kita "pandai" sangat pergi spam orang. 

Blog adalah medium utama saya sejak mula bisnes Shaklee. Sampai sekarang pun masih lagi blogging untuk berkongsi tentang bisnes ini. Saya lebih selesa dengan blog kerana saya tidak ganggu orang lain, sebaliknya perlu cari jalan supaya orang datang melawat blog saya, dan sudi berkawan. Untuk tujuan bisnes, sudah tentu saya juga mencari peluang supaya yang datang ke blog, juga sudi menjadi customer dan berminat untuk menjadi rakan bisnes Shaklee saya. 

Sudah tentu saya juga berkongsi info di Facebook. Ada masanya perkongsian di Facebook dan blog adalah sama banyak. Tetapi tetap blog tetap saya jadikan "headquarter" bisnes Shaklee saya di dunia online.  Medium Facebook lebih sesuai untuk berkongsi aktiviti bisnes saja, tips bisnes, kata- kata semangat dan sudah tentu selang seli dengan cerita- cerita keluarga dan isu semasa. 

Dan sekarang, saya sedang explore kemudahan FB Ads. Dan Alhamdulillah, SAYA SANGAT SUKA dengan ilmu baru ini. Di saat ramai yang keliru untuk meneruskan usaha marketing bisnes masing- masing, kami menemui kemudahan di FB Ads. InshaAllah next month kami nak attend lagi satu kelas FB Ads, kena cepat- cepat tambah ilmu :) 

Jadi, tak perlu kacau orang, tak perlu spam orang, tak perlu penuhkan timeline dengan iklan bisnes non stop sebenarnya. Yang penting, kena smart buat strategy dalam berkongsi info bisnes. InshaAllah kawan tak lari, malah makin dekat dan rapat dengan kita :) 

HUBUNGI SAYA untuk mengetahui peluang menjana pendapatan di rumah:
Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com | Wangsa Maju KL

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...