Wednesday, October 1, 2014

Special post: Leader rajin dan friendly, Coordinator Fadlina Mokhtar

Assalamualaikum semua, 

Lagi kisah Shaklee Effect di kalangan leaders dalam group Puteri and Friends, dan hari ini saya nak bercerita tentang Coordinator Fadlina Mokhtar, atau di kalangan kami, panggil Fad saja. Semasa Fad menghubungi saya untuk membeli produk Shaklee, dia sedang hamil dan mencari set supplement yang sesuai untuk kehamilan. Dia terjumpa blog saya, dan memilih untuk membeli. Disebabkan ofis Fad tidak jauh dari rumah saya, supplement yang dipesan, terus di hantar ke ofis Fad oleh suami saya. Kami tidak pernah berjumpa, dan hanya berhubung dengan email dan WhatsApp saja. Saya tak pasti pada pembelian yang mana, tapi Fad dapat free membership dan menjadi ahli Shaklee dalam masa dia menggunakan set kehamilan. Lebih menarik, sebenarnya sahabat baik saya, Aishah,  rupanya bekerja di satu tempat yang sama dengan Fad. Tapi ketika itu, Aishah masih belum jadi pengguna Shaklee. 

Fast forward, Fad selamat melahirkan anak perempuan, Erynna dan kami jadi kawan disebabkan oleh Aishah dan saya sering berjumpa waktu lunch, dan kadang- kadang bertembung dengan Fad. Dan ditambah lagi dengan adanya Facebook, hubungan lebih mudah dan kami sentiasa membaca updates masing- masing di Facebook. Tick tock tick tock, Erynna pun dah masuk 2 tahun umurnya. Tengok la muka ni geram kan?! Baby Shaklee, dari dalam perut, sampai la time menyusu! 


Tengok ni muka cheeky girl, kalau Fad tak makan 
supplement hari- hari, memang boleh pengsan
dikerjakan oleh Erynna hahaha! 

Rupa- rupanya tanpa pengetahuan saya, Fad dan Aishah memang memerhati rapat perjalanan bisnes saya. Macam Aishah, dia memang berjumpa saya hampir setiap minggu untuk lunch, borak bisnes tu wajib lah, walaupun saya tahu dia masih belum berminat, malah belum pun jadi pengguna. Tapi saya tetap gemar berkongsi tentang perkembangan bisnes dengan dia. Fad pula rupanya memerhati dalam diam, di Facebook! Apatah lagi saya memang masukkan Fad dalam secret group FB kami, untuk memudahkan dia mendapat maklumat produk, promosi dan sebagainya. Jadi selama dia jadi ahli Shaklee bersama- sama group saya, dia tidak ketinggalan mendapat info tentang produk dan bisnes setiap hari. Peluang yang sama saya berikan kepada semua ahli berdaftar di bawah saya, tidak kira samada dia pengguna ataupun yang membina bisnes. 

Pada satu hari (ini cerita yang kemudian baru saya tahu), Aishah dan Fad bertemu dan berbincang, mereka pun mahu ada bisnes sendiri! Dan keluarlah nama saya hahaha! Bermakna mereka dah tak boleh tahan lagi, teruja melihat perkembangan bisnes Shaklee saya. Kebetulan ketika itu Aishah sudah pun jadi pengguna untuk keperluan menyusukan anak sulungnya. Kedua- dua Fad & Aishah sangat- sangat teruja dengan hasil dan kesan supplement. Malah Fad boleh travel ke USA semasa hamil 7 bulan, punyalah sihat dan cergas. Tapi dia ni bab berjalan- jalan makan angin atau shopping memang cergas sentiasa hahaha!  

Jadi, satu hari yang bertuah, Fad menghubungi saya, dan menyatakan hasratnya. Saya ingat lagi dia cakap "Put, I nak buat sikit- sikit je tau, slow- slow dulu". Saya kata OK, pace yourself lah, ini bukan race ke contest ke. Kita tentukan target, kita tentukan macam mana kita nak bekerja. Saya ingat lagi, dia WhatsApp saya tu sebelah pagi. Satu saja pesanan saya pada Fad, "Kalau betul nak bisnes, you kena announce di Facebook, beritahu kawan- kawan, yang you dah jadi distributor dan sedia menerima order dan pertanyaan". Tanpa buang masa, terus Fad tulis dan post di Facebook! 

Saya sebenarnya tak sangka Fad nak buat immediately. Sebab ramai juga yang berkira- kira nak announce, mereka takut apa kata orang, nanti orang tanya tak tau nak jawab, malu dan sebagainya. Tapi tidak untuk Fad. Bila dia kata OK, terus buat. Yang kelakar tu, baru je announce, terus kawan- kawan dia tanya dan order! Gila kan? Hahaha! Kami berdua macam ehhhh panik sekejap, jadi semua soalan kawan- kawan dia pass pada saya, saya bagi jawapan, dia bagitau kawan- kawan. Termasuklah harga produk, jadual makan supplement, senarai set dan sebagainya. Seharian kami melayan soalan- soalan tu! 


Fad with her leaders, Ala & Shikin, at the motivation rally
last weekend.

Saya boleh katakan, dalam ramai- ramai partner dalam PAF, sambutan yang Fad dapat di hari pertama dia announce sebagai distributor, memang lain daripada yang lain. Dan saya tidak lah terkejut sangat sebab saya memang nampak potensi Fad, berdasarkan posting- posting dia di Facebook. Fad ni ramai kawan, dan kawan- kawan suka berkawan dengan dia. Memang people's person. Sampaikan apa dia makan, orang nak makan jugak. Apa dia pakai, orang nak pakai. Dia bukanlah artis pun, tapi ada pengaruh di kalangan kawan- kawan. Dan sebab paling utama orang nak berkawan dengan Fad ialah kerana dia genuine and sincere. Dan orang- orang yang hadir dalam hidupnya juga, adalah orang- orang yang genuine dan sincere. Dan inilah yang dia lakukan sepanjang dia membina bisnes Shaklee sehingga meningkat ke tahap Coordinator. 


Antara lain persamaan kami berdua ialah suka selfie,
sesekali kami guna Camera 360 kihkihkih! 

Bermula dengan "nak sikit- sikit, nak slow- slow", Fad melangkah lebih yakin selepas diberi penjelasan dan pemahaman tentang peluang yang boleh diambil daripada bisnes Shaklee ini. Kami berbincang tentang halatuju bisnes, matlamat, short term & long term target setiap kali berjumpa. Yang seronoknya, saya tidak melihat Fad sentiasa perlu dibimbing tapi juga mampu memberikan idea untuk group kami. Jadi hubungan kami lebih balance dan tidaklah sentiasa saya yang memberi input. Saya suka business partner yang macam Fad, boleh berbincang dan sama- sama generate ideas. Selain daripada itu, Fad suka blogging, jadi tidak sukar untuk saya membimbing kerana kami berdua memang percaya dengan kuasa blogging dalam membina bisnes ini. 


Fad & Syah semasa menerima Car Bonus
Achiever award. Dan itu Erynna tengah
kutip apa tatau hahaha! 

Cycle yang lepas, Fad berjaya mendapatkan Car Bonus, dan kini setiap bulan menikmati car bonus berdasarkan kekuatan jualan kumpulan. Semakin hari, saya tahu keyakinan Fad terhadap produk dan peluang bisnes tidak luntur, walaupun pelbagai dugaan menimpa bisnes kami sejak beberapa bulan yang lepas. Jika saya mahu beri contoh tentang pengguna yang setia, Fad adalah salah seorang daripadanya. Apabila keyakinan terhadap produk tidak goyah, tidak mudah untuk seseorang distributor itu disanggah sesuka hati. Keyakinan dan ilmu tentang produk dan latarbelakang company, membantu untuk kita beri lebih fokus dalam bisnes kita. Jika tidak yakin, kita akan mula melihat orang lain, dan mahu melompat mencuba bisnes lain pula. 

Saya melihat perjalanan bisnes Fad benar- benar seperti yang Shaklee sering kongsikan iaitu USE- SHARE - BUILD. Selepas setahun menjadi pengguna, baru lah Fad mula berkongsi dengan orang lain, kerana keyakinannya yang telah kukuh dan tidak berbelah bagi. Dan bukan saja dia mengorak langkah untuk bisnes dia sendiri, tapi telah membantu memberi kehidupan yang lebih sihat untuk orang lain juga. Dan sebagai mentor, saya sangat menghargai pemahaman Fad dalam perkara ini, dan saya yakin dia akan bersama- sama saya membuka jalan lebih luas lagi kepada orang lain untuk membina bisnes Shaklee. Terima kasih Fad & Syah, kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi leader anda, walaupun ketika permulaan bisnes anda, saya bukanlah siapa- siapa, yang masih banyak kekurangan. But above of all, from the bottom of my heart, I appreciate your friendship and kindness to everyone around you. It makes a lot of difference in the business when we have someone with your kindness, really. 


Bina impian bersama! Kepada anda yang
ingin menyertai Fadlina, hubungi 
019- 454 5482 (Kota Damansara)



Untuk maklumat lanjut tentang produk dan bisnes Shaklee,
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...