Friday, January 17, 2014

Tips rancang bekerja dari rumah bersama bisnes Shaklee

Assalamualaikum, apa khabar semua? Dah setengah bulan dah tahun baru kita, diet masih mantap?? Aha saya tulis diet sebab itu kan azam paling popular setiap tahun! Hari ini saya nak berkongsi 5 tips yang boleh membantu anda sekiranya anda berminat untuk membina kerjaya sebagai usahawan Shaklee. Azam seorang usahawan ni tidak boleh renew setiap tahun, kena renew setiap hari ya. Dan paling penting mesti ada perancangan yang mantap.

(1) Rancang jumlah side income bulanan dengan Shaklee
Tentunya saya tak berhenti kerja dan terus 100% bisnes Shaklee. Saya kena consider perbelanjaan bulanan dan komitmen kami sekeluarga. Jadi saya mulakan dengan merancang berapa banyak bonus setiap bulan yang saya mahu. Apabila saya jelas dengan target saya, senang saya nak rancang timeline untuk saya capai jumlah yang saya ingini. Saya mulakan dengan target 4 angka saja bermula RM1000 sehingga RM5000 selama setahun. Sudah tentu ada pasang surutnya jika tidak fokus dan tidak bijak merancang masa kerana ini adalah bisnes sampingan lagi.

(2) Rancang jumlah pertambahan side income setiap bulan
Yang seronoknya dengan bisnes Shaklee ni, jika kita focus dan pandai buat target, memang kita akan dapat peningkatan yang ketara setiap bulan. Pengalaman saya sendiri sewaktu di rank Senior Supervisor, peningkat 15-20% memang konsisten. Jika kita boleh rancang pertambahan pendapatan kita sendiri, tidaklah kita risau jika kita ingin menambah komitmen, atau sekiranya kita ingin melunaskan hutang- hutang lapuk dan sebagainya. Inilah manisnya menjadi seorang usahawan Shaklee, kita boleh menentukan berapa income yang kita mahu dan kita tentukan usaha yang sepatutnya kita buat.

(3) Rancang jumlah income yang anda mahu supaya boleh berhenti kerja
Ramai yang berimpian untuk bekerja dari rumah, dan Shaklee dipilih sebagai jalan usaha. Tapi ramai yang tersangkut dengan komitmen kerja dan gaji tetap mereka, dan tidak mampu menyaingi jumlah gaji dengan jumlah bonus Shaklee. Ramai yang give up dan akhirnya terus menerus makan gaji, dan Shaklee business di letak di tempat kedua, sebagai side income sahaja. Jika benar mahu berhenti kerja dan fokus kepada bisnes Shaklee, sudah tentu usahanya tidak boleh berlengah- lengah dan sekadar "side income". Komitmen yang diberikan harus 100% dan paling utama mesti bijak menguruskan masa. Saya sering menyarankan supaya meletakkan gaji bersih anda sebagai benchmark, dan lakarkan pelan dan target untuk mencapainya. Jika bonus sudah sama banyak dengan gaji, sudah tentu keperluan keluarga dan komitmen bulanan anda tidak terjejas jika anda ambil keputusan untuk berhenti kerja.

(4) Rancang masa yang sesuai untuk berhenti kerja
Setiap bidang pekerjaan adalah berbeza waktu sibuknya, waktu senggangnya, waktu bonusnya. Jadi kita tidak mahu keputusan berhenti kerja itu memberi beban pula kepada rakan yang tinggal. Apatah lagi kalau waktu berhenti kerja itu waktu bonus, oh tidak! Hehehe! Masa yang sesuai juga boleh merujuk kepada keperluan kita sebagai unit keluarga. Ramai ibu- ibu ambil keputusan berhenti kerja sewaktu hamil, untuk bersedia mental dan fizikal menyambut kelahiran orang baru, persediaan untuk menyusu eksklusif dan sebagainya. Ada juga yang ambil langkah bercuti tanpa gaji sebagai 'warm up' sebelum benar- benar memulakan kerjaya di rumah bersama Shaklee.

(5) Rancang jumlah tabungan, insurans dan pelaburan
Ada beberapa perkara yang mungkin anda akan kehilangan jika berhenti kerja makan gaji seperti kemudahan insurans, kemudahan perubatan, caruman KWSP dan sebagainya. Jadi, anda juga kena bijak merancang supaya walaupun anda tidak lagi mempunyai kemudahan ini daripada majikan, anda boleh menikmatinya dengan pendapatan yang anda perolehi dengan bisnes Shaklee. Pengalaman saya sendiri, tabungan kami sekeluarga berserta pelaburan kini jauh lebih banyak berbanding jumlah yang dapat kami kumpul selama kami bekerja makan gaji. Memang istimewa kehidupan seorang usahawan Shaklee!

Saya harap 5 tips ini dapat membantu anda sekiranya anda berimpian untuk membina kerjaya sebagai usahawan Shaklee yang berjaya, InshaAllah.

Much love,
Puteri

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...