adam dah nak masuk 2 tahun, Julai nanti. harijadi dia pada 12 Julai, tarikh yang sama dengan anniversary kami. saya dah berkira- kira nak melatih adam supaya tak menyusu sebelum lena tidor. habit menyusu ni makin menjadi- jadi pulak sejak dia nak masuk 2 tahun ni. selagi tak lena, jem pinggang mengiring menyusukan dia. letih jugak la.
so sejak minggu lepas, saya mula melatih. saya takde perancangan pun, cuma nak cuba dan tengok apa respon dia. hari pertama, masa nap siang, memang dia mengamuk, marah sangat- sangat! berguling- guling ehehe! adam ni memang faham semua yang kami cakap, cuma dia tak banyak lagi vocab. tapi sangat memahami arahan dan apa jugak perbualan kami. so senang nak bincang jugak la. so petang tu memang fail cubaan pertama.
malam tu saya cuba lagi. saya bagitau adam, "boleh tak tidur sendiri? mama tepuk saja?" terus kerut muka, buat- buat merajuk ahaha! so malam tu, siapkan tempat tidur dia, tutup lampu, saya pun start bersembang. dia pun start merengek. nak! nak! nak! aiseh, kesiannya. tiba- tiba, saya tersebut perkataan - monster! tak berniat pun nak takutkan dia. terus adam baring, pejam mata, zzzzz! uiks, takot monster kah? lena sampai pukul 3. dia bangun, saya cakap shhhh tidur, tidur, ada monster (memang niat nak takutkan hoho!), terus dia sambung tidur.
esok pagi tu saya rasa bersalah. saya tanak dia takut monster! but the funny thing was, dia bangun tido, buat aksi tumbuk dan terajang pintu (pukul monster- mama je paham hahaha). so malam kedua, saya cuba lagi, bercerita pulak. kakak pun sama join, dengan cerita Big Friendly Giant. ada la sikit- sikit tema seram, sebab dia faham giant tu ala2 monster haha! anyway, dia tetap merengek, tapi akhirnya mengalah. dia bangun 2 kali malam tu, meragam, menangis. suami saya ambil alih, adam pun merajuk nak tidur dengan ayah sampai pagi.
begitulah kami dah seminggu. ada malam dia OK, ada malam dia meragam. tapi dia tau, dia ada sesi menyusu sekali, sebelah petang lepas saya ambil dia dari rumah babysitter. itulah plan saya sehingga harijadi dia nanti. saya nak berhenti bab menyusu malam- malam tu dulu. sebab saya perhatikan ianya lebih kepada habit, bukan sebab dia lapar atau dahaga. now bila dahaga, dia akan kejut saya, mintak minum air. ada satu malam, dia bangun, bawak tumbler (memang saya sediakan tepi bantal dia), dan kejutkan saya yang tidur di bilik sebelah. big boy already.
yang saya perhatikan, kerjasama daripada suami sangat- sangat penting. bukan saja kena support isteri nak memujuk anak, suami kena support emosi anak yang celaru sebab habit dah kena tukar. mujurlah adam adores his ayah so much, that already make it easier for me.
orang kata, kadang2 mak yang tak kuat nak lepaskan anak daripada menyusu. saya sendiri, memang ada rasa sebak tu, tapi saya kena buat. ianya akan memudahkan saya, suami & adam sendiri. alhamdulillah di atas rezeki menyusukan adam selama 2 tahun secara eksklusif.
Please distract me, Mama! |
No comments:
Post a Comment