ok, saya share apa yang kevin tulis tentang 10 cara meningkatkan kadar metabolisme badan kita.
- minum air secukupnya.
- ambil supplement kalsium. kekurangan kalsium mencetuskan hormon yang buat badan berpaut pada lemak yang sepatutnya dibakar.
- makan! snek adalah penting. makan snek yang tinggi protein dan fiber.
- tidur dengan cukup. tidur 7-8 jam utk kekalkan metabolisme yang sihat. konsisten dengan jumlah jam tidur setiap hari. tak cukup tidur atau terlebih tidur akan buat metabolisme badan menurun.
- jangan stress! stress meningkatkan kadar kortisol dalam badan. kortisol ialah hormon yang suruh badan menyimpan lemak sebagai persediaan menghadapi situasi bertekanan tinggi.
- sinar matahari. duduk dalam ruang atau bilik yang gelap dan muram beri kesan yang sama pada badan sepertimana kita tidur. keluarkan sebentar dari ofis misalnya untuk dapatkan cahaya matahari, paling baik di antara jam 11 pagi hingga 3 petang.
- lakukan senaman pemberat (weight training)
- ambil vitamin C- gabungan terbaik diambil bersama2 kalsium. kalsium tingkatkan metabolisme, vitamin c pula mempercepatkan penyerapan kalsium tadi. perfect combo!
- ambil makanan pedas. kandungan capsaicin dalam cili mampu bakar kalori sehingga 30 minit selepas kita makan pedas (Puteri: OoooOOOooooo!!)
- Minum green tea atau oolong tea. teh2 ini mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan metabolisme. kena minum 4-5 cawan sehari untuk lihat kesannya.
nak baca lagi details boleh gi sini: http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-kaedah-tingkatkan-metabolisme-badan/
HUBUNGI SAYA | Puteri | 016 344 7727 | puteriyusof@gmail.com
*produk ini tidak bertujuan merawat atau menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
1 comment:
yg no.6 tu ha nk tambah. aku penah baca elok jgn tidur dgn aircond. better natural air or peluh sikit supaya metabolism kita sentiasa cargas
Post a Comment