Monday, May 21, 2012

hargai jantung anda

hari ni masuk office dapat email tentang ayah pada opismate yang sedang recovering daripada surgery jantung last week. 2 minggu lepas saya ada berborak dengan dia tentang masalah kesihatan ayahnya. ayahnya mengalami masalah jantung pasal ada kolestrol menyumbat salur jantung. saya pun tak reti nak explain termnya. lebih kurang gitu la. dulu ada 4 tempat, now dah ada 6 tempat tersumbat. semuanya gara- gara kolestrol. menurut kawan saya, semuanya pun gara- gara gaya pemakanan, berlemak berminyak. seriau jugak saya mendengarnya. bila usia dah meningkat, banyak benda leh tersumbat, terbelit dan lain2, kesan dari gaya hidup dan pemakanan kita semasa kita sihat dan  muda.

tapi sekarang ni tak payah tua pun ramai dah ada masalah kolestrol, kandungan gula tinggi, stress related dan lain2. semuanya gara2 gaya hidup yang sibuk dan corak pemakanan yang asal sempat. tambah lagi dengan tabiat merokok. saya tak cakap pasal orang lain, saya cakap pasal kaum keluarga sendiri pun menjalani kehidupan yang sama. sigh. takut bila difikirkan.

apapun takut saja tak boleh jugak kan. suami saya bekerja dalam suasana yang high stress jugak dengan deadlines, meetings dll. makin hari makin mantap berat badan hehe. dan dia juga merokok. kalau dulu ada masa nak hayun kayu golf petang2, dengan anak dah 2 orang, dia lebih banyak duduk rumah bila free, bantu saya dengan kerja rumah dan jaga anak. mula2 saya suka la, tapi bila tengok badan dia makin berat, makin berat, selalu letih, seriau lah saya.

sempena hari jadi dia bulan lepas, saya belikan sepasang trainer utk dia. saya suruh dia mula berjogging lepas opis. saya cakap pegi la jogging, tak kesah la saya tunggang langgang kt rumah sementara dia berjogging. saya pun bersenam gak la tu sorang2 dgn budak2 tu haha. senaman tekak.

so far he is doing well with the routine. lepas opis dia akan jogging dalam sejam, siap rekod time, calories burnt whatnot. ada hari dia pegi hayun kayu golf kat golf range. asalkan ada aktiviti. dan tak lupa, saya bekalkan sebotol omega guard untuk kesihatan jantung dia. inilah usaha dan pengorbanan kami supaya jadi lebih sihat untuk masa depan keluarga. amin.


* produk ini tidak bertujuan merawat dan menyembuhkan penyakit. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...