apabila saya kongsi kebaikan supplement yang saya ambil bersama- sama kawan- kawan dan keluarga, saya menerima pelbagai reaksi. ada yang tertarik, ada yang resistant, ada yang ragu- ragu dan lain- lain lagi reaksi (yang rasa kelakar pun ada). yang cari jalan nak condemn pun ada (sapa paksa?). machey machey mu.
so anyway, kadang- kadang perkongsian tu secara tak langsung, kadang- kadang memang ada yang bertanya (sampai rasa jadi doctor pulak, tsk tsk tsk). nak senang, kalau perempuan mengadu itu ini, saya sergah "hah pregnant!" terus tiba- tiba sihat hahahaha!
so anyway, apa yang nak saya tulis pepagi ni, ialah pengambilan supplement secara konsisten adalah SATU PILIHAN GAYA HIDUP. saya dapati bila saya memilih untuk mengambil supplement ada beberapa tabiat yang perlu saya ubah dan perbaiki. contohnya pengambilan air yang cukup, pengambilan vitamin berjadual, dan perlu istiqamah. semua ni melibatkan habit- habit yang sukar diubah kerana ianya sebahagian daripada gaya hidup.
bila orang bagitau saya, oh saya tak boleh minum air banyak, macam mana ye? errrr...jawapan saya: MINUM LER. hehehehe. tak tau nak jawab apa actually. ada yang biasa cakap, saya ni pelupa la, tak boleh nak ingat jadual makan vitamin tu. saya jawab: beli omega guard utk memori otak yang lebih baik. ngahahaha!
ok, joke aside, bila kita pilih untuk gaya hidup baru (yang lebih baik insyaallah), kita kena bersedia lah dengan perubahan- perubahan yang sama- sama perlu seiring dengan gaya hidup baru tu. bila pilih untuk ambil vitamin, kena bersedia untuk minum air yang cukup, berdisiplin dengan jadual dan konsisten. baru lah kita layak untuk dapat result yang seperti kita idamkan. dan paling penting, ambil supplement dengan ilmu.
p.s: saya terbuka dengan apa juga pilihan orang lain untuk menjadi lebih sihat, samada memilih untuk mengambil supplements atau dengan mengutamakan pemilihan makanan seimbang dan yang lebih organik.
No comments:
Post a Comment